Pages

Sunday, January 24, 2010



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, January 20, 2010

Kisah Teladan

Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai Pemberian Orang Tua

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
 

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang...hatinya berbunga keriangan. Suatu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.


Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.


Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka...apa makna semua ini??? Sebuah Al-Qur'an kecil, comel dgn cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak. "Ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Qur'an ni yang saya nak"...katanya keras. Al-Qur'an itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.


10 tahun berlalu...si anak kini merupakan seorang yang berharta, punyai syarikat sendiri dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun, sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira2 sendiri, telefonnya berdering...dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta.


Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya. Hatinya sebak...bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya, Al-Qur'an yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-Qur'an itu, membelek2-nya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba jatuh sesuatu dari Al-Qur'an itu...segugus kunci...di muka belakang Al-Qur'an itu, ada sepucuk sampul surat ternyata diselotepkan disitu.

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...didalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini...hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang..
Namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama:
Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan @ diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Tuesday, January 19, 2010

Berilah per!ngatan sesama kita!!



Bagaimana Menjadi Khalifatullah??

Ramai kaum muslim berpendapat bahawa setiap manusia adalah Khalifah iaitu khalifatullah. Padahal Al-Quran sendiri tidak berkata demikian, melainkan memberikan kategori-kategori yg harus dimiliki atau yg harus dilakukan untuk sampai ke tahap itu. Artikel di bawah ini menghuraikan apa yg Al-Quran katakan tentang Khalifah Allah…semoga bermanfaat.


Oleh: Ust. Husein Al-Kaff

Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (QS. Al-Baqarah : 30).


Ayat di atas termasuk dari sekian firman Allah Ta’ala yang sentiasa segar dibahas dan dikaji. Hingga saat ini para ulama, khususnya Mufassirin (ahli tafsir Al-Qur’an), belum puas-puas dan tidak henti-hentinya mengungkap dan mengeksplorasi sedalam-dalamnya maksud dari ayat tersebut untuk mendapat kebenaran darinya. Alasan mereka jelas dan sederhana iaitu karena ayat ini menyangkut eksistensi manusia yang sebenarnya.


Dengan memahami ayat tersebut secara baik dan benar, maka akan terpecahkan sebuah problema yang maha besar, iaitu hakikat manusia. Memahami hakikat manusia sangat menentukan pandangan dunia, ideologi, sikap, perjalanan dan nasib manusia setelah mati.


Hakikat manusia bagi sebahagian pemikir dan ahli falsafah, masih merupakan teka-teki yang membingungkan. Umat Islam dengan pancaran cahaya Al-Qur’an, sedikit sebanyak terbantu dalam mengetahui hakikat manusia dan itu pun tergantung sejauh mana mereka memahami ayat tersebut.


Apa Erti Khalifah?

Islam memandang manusia sebagai khalifatullah, yakni khalifah Allah. Itulah hakikat manusia. Namun apakah dalam kenyataannya setiap manusia itu khalifatullah? Bukankah di antara mereka ada yang kafir?


Lalu apa yang dimaksud dengan manusia sebagai khalifatullah? Atau bagaimana manusia menjadi khalifatullah? Sebelum pertanyaan-pertanyaan di atas dapat dijawab, maka terlebih dahulu harus difahami erti khalifah itu sendiri.


Khalifah atau khilafah, berasal dari akar kata khalaf yang bererti di belakang punggung, meninggalkan sesuatu di belakang atau sesuatu yang menempati tempat sesuatu yang lain. Al-Qur’an menyebut kata khalifah atau khilafah dengan berbagai turunannya.


Selain itu, Al-Qur’an menggunakan kata khalifah untuk manusia dan untuk selain manusia. Misalnya, ayat yang berbunyi, "Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)." (QS. Al-Furqan : 62)
Ketika kata khalifah digunakan untuk manusia, kata ini mempunyai erti yang neutral. Maksudnya boleh untuk kebaikan dan boleh pula untuk keburukan.


Firman AllahTa'ala: "Lalu datanglah setelah mereka generasi (pengganti), yang melalaikan solat dan mengikuti hawa napsu. Mereka kelak niscaya akan mendapatkan kesesatan." (QS. Maryam : 59).
Atau firman-Nya yang berbunyi, "Maka datanglah setelah mereka generasi (pengganti), yang mewarisi kitab." (QS. Al-Araf : 169).
Tetapi ketika kata khalifah disandarkan (di-idhafah-kan) kepada Allah atau Rasulullah, maka kata itu mengandung erti yang positif. Maksudnya jika yang diganti (al-mustakhlif) baik, maka yang menggantikannya (khalifah, mustakhlaf) harus baik juga. Andaikata tidak, maka akan merosak reputasi mustakhlif.


Manusia adalah khalifah dari Allah dan Allah adalah puncak segala kebaikan dan kesempurnaan. Dengan demikian manusia adalah titisan dari kebaikan dan kesempurnaan-Nya.


Jadi manusia berkedudukan sebagai wakil atau pengganti Allah di muka bumi. Iaitu manusia yang mempunyai kemampuan untuk mengatur dan mengubah alam. Manusia yang sedikit sebanyak mengetahui rahsia alam. Semua itu tidak berlaku bagi makhluk-makhluk lainnya. Akan tetapi bagaimana dengan kenyataan umat manusia zaman kini? Sungguh ironis sekali bukan.


Syekh Taqi Mishbah berpendapat, bahawa kedudukan khalifah tidak terbatas pada Adam saja, melainkan manusia lain pun dapat menduduki jabatan khilafah dengan satu syarat, iaitu mengetahui asma. (lihat kitab Ma’arif Al-Qur’an, juz 3 hlm. 73).


Allamah Thabathaba’i dalam kitab Tafsir al-Mizan, jilid I halaman 116 berkata, “Khilafah tidak terbatas pada diri Adam as. sahaja, tetapi para keturunannya pun sama menduduki khilafah tanpa kecuali.”


Selanjutnya beliau menjelaskan, “Maksud mengajarkan asma, adalah menyimpan ilmu pada manusia yang sentiasa akan tampak secara bertahap. Jika manusia mendapatkan petunjuk, maka dia akan membuktikannya secara faktual (bil-fi’li) setelah sebelumnya berupa potensial (bil-quwwah).”


Maksud dari penjelasan Allamah Thabathaba’i di atas, bahawa manusia secara potensial adalah khalifah Allah. Namun yang mampu memfaktualkannya tidak semua manusia. Hanya sebahagian kecil sahaja di antara mereka yang mampu. Hal itu kembali kepada ikhtiar dan pilihan manusia itu sendiri.


Kriteria-Kriteria Khalifatullah

Pada dasarnya manusia diciptakan Allah sebagai khalifah-Nya. Namun hal itu masih berupa potensi, seperti yang telah dijelaskan terdahulu. Agar potensi itu berkembang dan mewujud secara nyata, maka terdapat seperangkat kriteria yang harus dipenuhi sehingga manusia benar-benar menjadi khalifah Allah Ta’ala.
Kriteria-kriteria khalifah Allah itu ialah :


1. Ilmu
Kriteria pertama adalah ilmu. Pada ayat yang telah disebutkan terdahulu, selanjutnya disambung dengan ayat yang berbunyi :
"Dia mengajarkan kepada Adam asma (nama benda-benda) semuanya, kemudian Dia mempertunjukkannya kepada para malaikat. Lalu Allah berfirman (kepada para malaikat): Sebutkanlah kepada-Ku asma-asma itu, jika kalian memang benar ?" (QS. Al-Baqarah : 31).


Para mufasir berbeza pendapat tentang pengertian asma yang tercantum pada ayat di atas. Walaupun mereka berbeza pendapat tentang makna asma, tetapi yang pasti (al-qadru al-mutayaqqan) dan yang tidak diperselisihkan lagi adalah, bahwa Adam as. dibekalkan pengetahuan dan ilmu yang tidak dimiliki oleh para malaikat.


Sebagaimana telah kami kutipkan komentar Allamah Thabathaba’i tentang pengertian asma pada surah Al-Baqarah ayat 31 tersebut, beliau menjelaskan bahawa Allah telah menyimpan dalam diri manusia sebuah potensi ilmu, yang akan nyata dengan mengikuti petunjuk-Nya.


Jadi untuk menjadi khalifatullah, hendaknya manusia berilmu. Manusia yang tidak berilmu, tidak bisa dikatakan sebagai khalifah Allah Ta’ala.


2. Iman dan Amal
Pada ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman tentang kriteria khalifah-Nya.
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan beramal soleh (kebaikan), bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah. Sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah diredhai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-Ku dan tidak menyekutukan apapun dengan-Ku. Dan barang siapa kafir setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik." (QS. An-Nur : 55).


Pada ayat tersebut, jelas sekali Allah berjanji akan menjadikan hamba-hamba-Nya sebagai khalifah yang akan menguasai dan memimpin dunia. Tetapi janji itu akan ditepati-Nya bagi manusia yang beriman dan beramal kebaikan. Dengan demikian dapat disimpulkan, bahawa kriteria lain dari seorang khalifatullah adalah iman dan amal soleh.


3. Memberi keputusan dengan benar (haqq) dan tidak mengikut hawa nafsu
Allah Ta’ala berfirman: "Wahai Daud, Kami jadikan engkau sebagai khalifah di bumi, maka berilah keputusan dengan benar dan janganlah mengikuti hawa nafsu, kerana hawa nafsu akan menyesatkanmu dari jalan Allah." (QS. Shad : 26).


Allamah Thabathaba’i berkata, “Maksud khalifah di sini secara lahiriah adalah khalifatullah, sama dengan maksud dari firman Allah (pada surah Al-Baqarah ayat 30).


Dan seorang khalifah seharusnya menyerupai Yang mengangkat dirinya sebagai khalifah dalam sifat-sifat-Nya dan perbuatan-perbuatan-Nya. Oleh kerana itu, khalifatullah di bumi hendaknya berakhlak dengan akhlak-akhlak Allah, berkehendak, bertindak sebagaimana yang Allah kehendaki dan memberi keputusan dengan keputusan Allah serta berjalan di jalan Allah.”


Selanjutnya ketika menafsirkan ayat:
"Dan janganlah mengikuti hawa nafsu, kerana hawa nafsu akan menyesatkanmu dari jalan Allah."
Beliau berkata, “Makna ayat tersebut adalah, bahawa engkau dalam memutuskan (sesuatu) janganlah mengikuti hawa nafsu, maka engkau akan disesatkan olehnya dari kebenaran, iaitu jalan Allah.” (Tafsir al-Mizan, jilid 17 hlm. 194-195).


4. Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa ber-amar ma’ruf dan nahi munkar, maka dia adalah khalifatullah di bumi dan khalifah kitab-Nya serta khalifah rasul-Nya." (Kitab Mizan al-Hikmah, jilid 3 hlm. 80).


Kesimpulan

Semua manusia secara potensial (bil-quwwah), diciptakan untuk menjadi khalifatullah. Namun agar potensi tersebut menjadi nyata (bil-fi’li), terdapat sejumlah kriteria yang harus dimilikinya, iaitu ilmu, iman, amal soleh, memberi keputusan dengan benar, tidak mengikuti hawa nafsu dan ber-amar ma’ruf dan nahi munkar.

Dipetik dari Buletin al-Jawad


* Manusia adalah makhluk Allah yang paling unik. Dengan keunikan itu, manusia diberi tugas besar, iaitu tugas memakmurkan bumi Allah dengan prinsip hamba kepada Allah dan tuan kepada benda, bukan sebaliknya...Justeru, manusia mestilah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (QS. Az-Zariyaat : 56)

Thursday, January 14, 2010

DOa RaB!TaH


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ 
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ
وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ


Wednesday, January 06, 2010

DOA RABITAH

YA ALLAH,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat & menyokong syariatMU..
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNya yang sebenar,
penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
YA ALLAH perkenankanlah permintaan ini…
Amin ya rabbal A'alamin.


# Doa rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat iaitu wirid yang dibaca pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra@sughra ataupun boleh membacanya selepas solat. Biasanya dilakukan secara sendirian@berjemaah. Sama2 kita mengamalkannya...


Salam Ukhuwwahfillah...

Salam ukhuwwahfillah buat sahabat2 seperjuangan diperbukitan ilmu UKM ini. Selamat memulakan semester baru di tahun baru ini. Teruskan perjuangan kalian dan mg kita terus thabat pada jalanNya. Terima kasih sahabat atas ukhuwwah ini…sukar utk kugambarkan alangkah indahnya perasaan ini…sukar utk kuluahkan kerana ia hanya dapat di rasa dan di nikmati oleh hati. Hati-hati yang telah mengikat janji untuk bertemu dan berpisah keranaNya. Moga Allah merahmati dan memberkati hati-hati ini...
Ya Allah, ikatlah hati-hati kami supaya sentiasa ingat kepadaMu, kuatkanlah hati kami agar terus thabat dalam agamaMu. Ya Allah, jangan palingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami..Ya Allah, sesungguhnya aku berasa bersyukur dan berasa indah sekali diberi peluang merasai nikmatnya ukhuwah keranaMu, bersyukur diberi peluang mewarnai hariku dengan tarbiyah dariMu dan bersyukur diberi peluang meneruskan hidupku dengan cintaMu…

Friday, January 01, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Ketiga2 hero ni anak buah saya..he

Alhamdulillah kita masih diberi peluang oleh Allah utk hidup di tahun baru ini. Sama2 kita merenung kembali apa yg sudah kita usahakan sepanjang tahun yg telah berlalu pergi serta menetapkan matlamat baru mahupun menjayakan apa yg belum kita capai. Smg dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yg terbaik drp sebelumnya. Bersamalah kita berhijrah ke arah kebaikan...kurangkan hiburan, banyakkan amalan, top up ilmu sebanyak mungkin demi Islam..insyaAllah.

Allah SWT berfirman yg bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”.
(Maksud Surah Ar-Ra’d: 11)

AHL@N W@S@HL@N...

Assalamualaikum w.b.t...

Salam perkenalan buat pengunjung blog ini..

Alhamdulillah, sempena tahun baru ini, akhirnya saya berjaya create blog sendiri. Actually dah lama nak memiliki blog sendiri, dari tahun lepas lg. Finally this year baru dapat create...Apa yg saya harap, kita dapat berkongsi apa jua ilmu&pengalaman. Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita utk terus berkongsi ilmu yg bermanfaat utk semua. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah&menjadi satu medan dakwah utk mentarbiyah diri&jiwa kita menuju Ilahi...insyaAllah.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya:
"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments