Pages

Friday, February 26, 2010

Bagaimana Mencintai Nabi??

Mencintai Nabi s.a.w. satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah. Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi...

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidup Baginda yg tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi.

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dan dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi.

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dalam masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada ummah sekeliannya.

4. Membuat amalan yang disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:
1. Menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
2. Memberi makan orang yang susah
3. Membantu orang kesempitan
4. Menyampaikan hajat muslimin
5. Menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:
1. Syirik
2. Menentang sunnahnya
3. Berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya

1. Mendampingi alim ulama
2. Mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya .


*Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda. Semoga Allah memberi kepada kita anugerah mencintai Nabi kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidur Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, ameen…

PeMeRG!aNMu...

Mengenang kembali detik-detik pemergian Baginda Rasulullah s.a.w...sungguh amat menyentuhi hati. Cubalah hayati bait-bait lirik di bawah ini. Marilah kita hayati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Baginda Rasul untuk umatnya. Sesungguhnya bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah. Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Baginda. Moga-moga kita termasuk di kalangan orang yang mendapat shafaat baginda Rasulullah di akhirat kelak...Ameen. 

Pemergianmu
by Inteam

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Kasih Sayang Rasulullah

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah "umatku, umatku, umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.  Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?"

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Wallahu'alam..


Adakah kita sayangkan Rasulullah saw
sepertimana sayangnya Rasulullah saw kepada kita?



**Ya Allah betapa ku rasa terlalu kerdilnya diri ini...menitis air mata bila baca artikel nie, bila mengenangkan betapa kasih dan sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya, tetapi apakah kita juga sebagai umatnya kasih dan sayang kepadanya? Kalau direnung dan difikir-fikirkan dalam setahun@sebulan@sehari berapa kali kita mengingati akan jasa seorang manusia agong, penyampai risalah mulia yg tanpanya akan Islamkah kita (dengan izin Allah)? Dalam solat, apabila kita berselawat kepadanya, apakah kita merasa betapa besar pengorbanannya dan betapa sayangnya baginda kepada umatnya...

Semoga kita hayati perjuangan Rasulullah...tiada yg terbaik sebagai ummatnya menjadikan sunnahnya sebagai panduan untuk mencari redha Allah. Mari kita sama-sama review adakah kita benar-benar menjadi ummatnya yang terbaik dari segi mencontohi akhlaknya, pimpinannya dan semangatnya untuk memperjuangkan Islam di muka bumi ini...Ya Rasulullah kami amat merinduimu...tidak layak ingin mengatakan cinta padamu kerana diri ini amat sedikit mencontohi peribadimu..maafkan kami ya Rasulullah...

Ayuh kita bangkitkan diri agar segala yg indah menghiasi peribadi, krn qudwah kita adalah nabi, krn itulah sifat hamba yg hakiki..Mg istiqamah fisabilillah!!

Thursday, February 11, 2010

Selamat Bercut!...



Selamat bercuti buat semua mahasiswa UKM..
Manfaatkan cuti yang diberikan bersama keluarga&orang yang tersayang sebaiknya..Jadikan kepulangan kita ke halaman masing-masing dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat..


Thursday, February 04, 2010

Program Terkini!!!


Lajnah Perhubungan Luar&Pengintegrasian Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) akan mengadakan Lawatan Pengantarabangsaan ke Acheh pada 5-8 Feb 2010. Program ini merupakan program mega bagi PMFPI. Ia melibatkan 39 orang peserta termasuk ajk dan seorang pengiring iaitu pensyarah di Fakulti Pengajian Islam..

Program ini adalah sebagai 1 wadah untuk berinteraksi di antara 2 negara berlainan seterusnya memperbaiki perjalanan persatuan di peringkat antarabangsa di samping melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik disertai dengan penghayatan ilmu yang mantap..

Antara program2 yang akan diadakan sepanjang berada di IAIN Ar-Raniry ialah:
Majlis Interaksi Pimpinan
Forum Mahasiswa
Dialog isu-isu kampus

Juga lawatan2 ke tempat yg bersejarah spt:
Masjid Batul Rahman
Panti Asuhan Anak Yatim Bumi Moro
Muzium Aceh
Kapal Apung
Kapal atas rumah
dan byk lg tmpt2 bersejarah...

Semoga kita semua akan dipermudahkan segala urusan ketika berada di sana & dilindungi serta dirahmati sentiasa...AMIN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments