Pages

Friday, January 28, 2011

Selamat bercuti!!


Selamat bercuti diucapkan kpd mahasiswa/i Fakluti Pengajian Islam khususnya & mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya..

~~ Manfaatkan cuti yang diberikan bersama keluarga & orang yang tersayang sebaiknya..Jadikan kepulangan kita ke halaman masing-masing dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat..

~~ Jangan lupa utk menyiapkan tugasan yg telah diberikan...kpd sahabat2 tahun 3, teruskan berjuang untuk LATIHAN ILMIAH (TESIS)..

~~ Panjang umur, kita jumpa lg mggu depan!!!i'Allah..

Madah Buat Sahabat Seperjuanganku...

Sahabatku...
Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kita umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekati. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Panahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Sahabatku...
Aku berharap kita akan menjadi spt mawar aspirasi setiap mujahadah. Aku harap kita akan sama2 mempertahankan kubu diri kita dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN & KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...dan sentiasa MENGHIASI WAJAH dengan titisan wuduk, bukan dengan solekan dunia semata2 biarpun aku tahu kita sama2 menginginkannya...

Sahabatku...
INGATLAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI & LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Aku tahu bukan mudah untuk mempertahankannya..tapi aku juga yakin kita mampu!!!

Sahabatku...
WANITA SOLEHAH yg patuh & taat kepada Al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan & mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam diri kita. Kadang-kadang kita merasa diri kita kuat dan kadang-kadang kita lemah...Namun ingatlah sahabatku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan2 baginya ke arah itu.




Sahabatku...
Akuilah bahawa diri kita menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu: "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu sahabatku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunnah.

Sahabatku...
Ingatkah kau akan nasihat kita kepada adik2 kesayangan kita di waktu petang, kadangkala pada lewat malam. Mengorbankan masa untuk mentarbiah diri mereka agar menjadi mujahidah sejati biarpun aku kadang2 lupa akan nilai 'tarbiyah' itu sendiri. Entahlah...mungkin Allah sahaja yg berhak menguji kata2 kita...nasihat kita...adakah kita sendiri tidak memahami...

Sahabatku...
Dalam hidup tentu saja kita ingin menyayangi & disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kita yg tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, KERANA CINTA, MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA & KERANA CINTA, MARUAH TERGADAI. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: "Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yg hak & bathil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata2 dan bukan kerana ALLAH S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah diri kita yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yg sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan & kehebatan terhadap ALLAH, dan dgn itu akan timbul CINTA & KASIHMU TERHADAP PENCIPTA KITA.

Sahabatku...
Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabat kita setaraf kaum Adam. Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yg bakal menggoncang dunia dgn SENTUHAN TANGAN KITA SENDIRI...insyaAllah...

Thursday, January 20, 2011

Qasidah Al-Muhammadiah


Dalam 1 program baru-baru ni, saya ada belajar Qasidah Al-Muhammadiah..memang terasa ketenangan semasa mendendangkan Qasidah ini. Qasidah yang menceritakan perihal Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.…

Sedikit pengenalan tentang pengarang Qasidah Al-Muhammadiah yang masyhur ini. Beliau ialah Imam Muhammad Al-Busiri. Dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Busair pada tahun 608H. Gelaran Al-Busiri yang terdapat pada namanya diambil sempena nama kampung tempat beliau dilahirkan. Merupakan seorang yang pakar dalam kesasteraan (Adab) dan juga syair.

Imam Muhammad Al-Busiri telah mengarang sebuah qasidah untuk menunjukkan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, beliau dalam keadaan lumpuh anggota badannya. Ditakdirkan Allah, beliau telah didatangi oleh Baginda Rasulullah s.a.w. ketika tidur dan Rasulullah s.a.w. telah menyempurnakan rangkap bait qasidah yang tidak sempurna. Rasulullah s.a.w. juga telah mengusap tangannya yang mulia ke badan Imam Muhammad Al-Busiri, lalu apabila beliau bangun dari tidur, tubuh beliau telah sihat dari penyakit lumpuh.

Beliau merupakan salah seorang ulama kebanggaan rakyat Mesir. Maqamnya terletak di sebuah masjid di Iskandariah, Mesir.




Maqam Imam Muhammad Al-Busiri di Iskandariah


Jom sama-sama kita menghayati bait-bait qasidah ini agar kita turut sama merindui dan mencintai Rasulullah s.a.w…


* Terjemahan bait-bait qasidah...
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang Arab dan Ajam (selain dari Arab).
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang yg berjalan di atas kaki.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penyebar perkara ma'ruf dan berakhlak dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu yang memiliki ihsan dan kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam kata2 dan bicaranya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu punyai akhlak terpuji dan elok sifatnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kejadiannya disertai dengan nur.
Nabi Muhammad s.a.w. itu akan sentiasa bercahaya sejak azali.
Nabi Muhammad s.a.w. itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu asal tempat lahirnya nikmat2 dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 makhluk Allah s.w.t. dari zuriat Mudhar.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 pesuruh Allah s.w.t. semuanya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu agamanya benar yg kita beragama dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu sangat elok rupa dan peribadi di atas bukit.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan mengingatinya menjadi roh kekuatan pada diri kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan syukur kepadanya menjadi kewajipan ke atas umat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghias dunia dan keelokannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pembuka kesempitan dan kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghulu yg hebat perjalanan hidupnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dijadikan Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan segala nikmatNya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu makhluk pilihan dari kalangan makhluk dan yg sebaik2nya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu suci dari segala tohmahan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menyukai para tetamu kerana memuliakannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kekasih Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menjadi tenang dunia dengan perutusannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu datang dengan mukjizat dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pada hari dibangkitkan manusia akan menjadi pemberi syafaat kepada kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu cahayanya menunjuki kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu membawa rislah Allah s.w.t. yg mempunyai keazaman yg kuat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup kepada para Rasul sekaliannya.

Monday, January 03, 2011

Pengalaman baru XPDC di tahun baru....

Alhamdulillah, menjelang tahun baru 2011, saya diberi peluang oleh Allah s.w.t. utk sama2 mengikuti program XPDC Dakwah anjuran Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yg diadakan di sekitar KLCC. Saya dan sahabat2 muslimat dari UKM bertolak ke sana menaiki komuter dan sampai di Masjid KLCC agak lewat jugak, lebih kurang pukul 9.30 mlm…time tu Forum Sambutan Ambang 2011 yg dianjurkan oleh Masjid Asy-Syakirin KLCC & JAWI sudah bermula.


Setelah selesai forum tersebut, kami yg mengikuti program di bawah anjuran GAMIS diminta utk berkumpul di aras 2 masjid utk taklimat XPDC Dakwah. Dalam taklimat tersebut, kami dibriefing tentang perjalanan XPDC tersebut dan kami diminta utk membuat kumpulan2 kecil yg mana kami akan bergerak di dlm kumpulan sepanjang XPDC tersebut. Program ini telah mendapat sambutan dari mahasiswa pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, UIA Gombak, USIM, UMP, USM, UKM, UKM KL, UM, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Darul Quran dan beberapa kampus lain. Semasa sdg mendengar taklimat, tiba-tiba bunyi ledakan bunga api telah pun bermula dgn suasana di luar masjid yg sangat bising dgn pekikan dan sorakan. Ini menandakan jam telah menunjukkan pukul 12 tgh mlm dan tlh tiba Tahun Baru 2011...Lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm, kami mula turun dr masjid dan bergerak dlm kumpulan masing2 utk melaksanakan praktikal dakwah kpd golongan sasaran. Inilah masanya peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yg kian menghujani negara kita.



Tujuan utama kami berada di tengah2 Bandar Raya Kuala Lumpur ini adalah utk melihat dgn mata kepala kami sendiri bagaimana suasana penduduk terutama muda-mudi di Malaysia yg kita cintai ini meraikan Sambutan Tahun Baru. XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat bagi membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat.

Kami mencari sasaran yg sepatutnya utk menyebarkan risalah dakwah dan mendekati, seterusnya menyelami jiwa2 yg berkeliaran tanpa tujuan yg pasti. Satu cabaran apabila berhadapan dgn muda-mudi yg terlalu sosial..pelbagai kelakuan yg tidak enak dapat dilihat seperti remaja melayu berpeluk2an tanpa segan silu, berpakaian yg terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Saya amat terkejut juga pada malam itu krn terdapat juga orang2 melayu yang cuba menjual arak ditepi jalan sempena dgn sambutan tahun baru ini. Pilu rasanya apabila melihat majoriti yang berada di sekitar KLCC, menghabiskan saki baki 2010 dan menyambut tahun baru 2011 ini dengan sia-sia…amat sedih lg bila melihat kebanyakan mereka adalah dalam kalangan remaja2 melayu kita. Perbuatan mereka yg paling menonjol saya lihat ketika itu adalah pemakaian ‘tanduk syaitan’ di kepala. Tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak @ dewasa, bahkan perempuan bertudung juga ada yg memakainya. Sejenis cekak berlampu yg dipakaikan di kepala menyerupai tanduk syaitan. Dijual dgn perbagai warna dan saiz dengan harga RM 4-5 dgn warna merah, hijau, biru dan sebagainya. Ramai yang mengenakannya di kepala pada malam ini. Apakah tujuan mereka memakai benda tu?? Semuanya mahu jadi syaitan mungkin…

Pelbagai reaksi dan respon diterima daripada golongan sasaran ini apabila dihulurkan risalah2 yg dibekalkan. Ada yg menerima dgn baik dan ada juga yg menolak dgn kasar. Begitulah realitinya mehnah dan tribulasi yg diterima oleh para dae’i. Antara pengisian yg terdapat dalam risalah tersebut adalah ‘Punca Utama Masalah Sosial’, ‘Berpakaian Tetapi Bertelanjang’ dan sebagainya. Program ini juga telah mendapat reaksi positif di kalangan ibubapa dan juga orang ramai yg telah ditemui.

Di samping menyebarkan risalah, kami juga berbual2 dengan ‘remaja bertuah’. Selami hati mereka, tanyakan masalah mereka, azam mereka dsbnya, supaya mereka sedar masih ada yg sayang dan prihatin terhadap mereka. Jiwa mereka kosong...tidak diisi dgn cahaya rohani. Namun terdapat juga segelintir daripada mereka yg sebenarnya sedang mencari hidayah Allah utk kembali ke pangkal jalan. Mereka faham apa yg halal dan apa yg haram, tetapi lemah daripada segi pelaksanaan dan amalan. Mereka mahu berubah, tetapi...tidak tahu siapa yg boleh membimbing mereka. Jadi siapa lagi yg perlu memberikan penerangan? Sudah tentulah golongan2 yg faham dan jelas yg sepatutnya menjadi agen penerangan dan perubahan kepada masyarakat sekeliling...insyaAllah. Program ini berakhir lebih kurang pukul 3.00 pagi. Kami semua berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin, tidur di masjid untuk program qiamullail dan program seterusnya keesokannya.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments