Mencintai Nabi s.a.w. satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah. Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.
Ada 8 cara untuk mencintai Nabi...
1. Mengenal Nabi
Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidup Baginda yg tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi.
2. Berselawat ke atas Nabi
Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dan dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi.
3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya
Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dalam masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada ummah sekeliannya.
4. Membuat amalan yang disukai Nabi
Antara perkara yang Nabi suka ialah:
1. Menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
1. Menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
2. Memberi makan orang yang susah
3. Membantu orang kesempitan
4. Menyampaikan hajat muslimin
5. Menasihati orang yang lupa
5. Menghindari perkara yang Nabi benci
Antara perkara yang Nabi benci ialah:
1. Syirik
1. Syirik
2. Menentang sunnahnya
3. Berbohong di atas namanya
6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain
Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.
7. Mendampingi penggantinya
1. Mendampingi alim ulama
2. Mendampingi para Daie (para pendakwah)
8. Berdoa
Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya .
*Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda. Semoga Allah memberi kepada kita anugerah mencintai Nabi kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.
Salam Maulidur Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, ameen…