Pages

Wednesday, November 17, 2010

Erti Sebuah Pengorbanan...

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pergaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintahNya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim a.s. menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh, yang sangat taat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insyaAllah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaianku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknya Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim a.s. seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata Nabi Ibrahim a.s. yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan. Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail a.s. dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim a.s. telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahawa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku kerana melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku." Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim a.s. wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan." Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher Qibas itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Betapa taatnya seorang hambanya kepada Allah.... ~~Subhanallah~~

Monday, November 01, 2010

Erti Sebuah Persahabatan...


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yg memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan & perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya...

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti2...kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yg sentiasa memahami, ya selalu berada di sisi kita pada waktu kita memerlukannya...Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan, harapan & impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan & berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa & menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia...dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih & kecewa. Dia juga ada kelemahan & dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.

Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...

 
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN
KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA....

p/s: Buat sahabat2ku yg sering terkecil hati kerana perbuatan @ kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku yg lemah ini!!!
****************************

Thursday, April 15, 2010

Langkah Tercipta!!!

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian...


Allah…
Ingin ku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan...


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan...


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta...


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu...

by-UNIC


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi & mengharungi segala dugaan yg telah, sedang & akan Engkau berikan kepadaku...tetapkan imanku walaupun Engkau memberikan ujian yang sangat berat kepadaku Ya Allah...kerana aku yakin ujian yang Engkau berikan kepadaku hanya ujian yang Engkau rasakan aku dapat lakukan...Ya Allah hanya padamu sahaja tempat aku mengadu segalanya...tabahkan hatiku menerima sglnya…  

Monday, April 12, 2010

All the best!!!


Selamat menempuh final exam buat semua sahabat2 ukm..usaha,doa&tawakal merupakan pakej lengkap dlm menempuhi exam..smg dapat menghadapi exam dgn tenang&jayanya..~All the best!!!~ Seeru 'ala barakatillah :-)

Friday, March 26, 2010

9 Siti yang patut dicontohi...


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yg melahirkan anak2 Rasulullah.
- Setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik.
- Menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
- Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahuwajhah walaupun Ali miskin.
- Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
- Rasulullah pernah berkata: "Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu".


3) Siti A’ishah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah yg paling romantik.
- Sanggup Rasulullah minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim a.s. yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
- Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahima.s. atas suruhan Allah demi kebaikan.
- Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail a.s. (pengorbanan seorang ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t. utk mengandungkan Nabi Isa a.s.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drp Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
- Mendidik Baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
- Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Thursday, March 11, 2010


DALAM KESOPANAN, ADA KETEGASAN
DALAM KELEMBUTAN, ADA KELINCAHAN

Wednesday, March 10, 2010

Adakah mudah untuk memaafkan?

Lazimnya kita manusia, tentu tak lepas dari perasaan marah, bebanan masalah, disakiti atau dilukai oleh orang yang di sekeliling kita atau yang kita kenal?


Adakah kita mudah memaafkan insan yang pernah melukai hati kita? Atau ada yang berdendam, atau tak bertegur sapa, putus kawan, and whatever....


Kita selalu rasa kecil hati dengan orang yang melukai kita dan ada masanya, kita jua pernah melakukan perkara serupa pada orang lain samada disedari atau tidak disedari...

Maafkan...

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan bila disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini...

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.


Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu orang lain memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."


Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.


Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 133-134:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”


**Kita sebagai umat Islam, tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama @ menyimpan dendam. Jadilah pemaaf dan mintalah maaf sekiranya melakukan kesilapan. Sebelum tidur kita maafkanlah segala kesilapan orang lain sama ada mereka sengaja atau tidak sengaja. Kemaafan membuatkan peperangan tamat...kemaafan membuatkan semua gembira...kemaafan memberikan makna yang tidak terkira...begitu hebat kemaafan...

Perginya seorang ulama...

AL-FATIHAH BUAT

SYEIKH AL-AZHAR SYEIKH MOHAMED SAYED TANTAWI

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi, 82 meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini. Beliau meninggal dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung.

Beliau banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar, pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani ini sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa. Semoga Allah merahmati jenazah Al-Marhum dan ditempatkan bersama para anbiya', para rasul, orang-orang yang soleh dan para syuhada' sesuai dengan jasanya yang memepertahankan Islam dan mengetuai benteng utama umat Islam, Al-Azhar Al-Syarif.
Al Fatihah...

Sunday, March 07, 2010

Damba CintaMu..












Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih Kau penyayang Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Saturday, March 06, 2010

Apakah salah mereka???

Sejak akhir-akhir ini, kes penderaan kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian semakin menjadi-jadi. Kejadian ini disifatkannya kejam dan tidak berperikemanusiaan. Belum pun selesai kes Syafia Humairah minggu lepas, semalam saya terbaca lagi kes kanak-kanak India yang turut menjadi korban terbaru kes penderaan. Tidak kira apa keturunan kanak-kanak yang menjadi mangsa, hati kita semua tersentuh apabila kanak-kanak didera, apatah lagi sehingga menyebabkan kematian.

Harevarran, 18 bulan, mati selepas enam tulang rusuknya patah selain hatinya pecah serta terdapat banyak kesan lebam pada badan mangsa, dipercayai akibat dipukul dan dipijak kerana menangis oleh suami penjaganya yang juga seorang kelindan lori. Ibubapa kanak-kanak tersebut tidak menyangka jiran rapat yang kelihatan mesra dan penyayang boleh berubah menjadi ganas sehingga meragut nyawa anak kecil mereka yang tidak berdosa.


Minggu lepas, adik Syafia Humairah, 3 tahun, yang mati dipercayai ditampar, ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya. Bedah siasat mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa. Kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau juga ditemui. Secara logik akalnya tentu adik Syafia sangat menderita sebelum meninggal dunia. Apapun berlaku, seksa dunia Syafia dinoktah sudah...Allah Ta'ala lebih menyayanginya dan mengetahui yang terbaik buatnya. Jika dia masih hidup hari ini, pasti dia akan terus dibelasah teruk dan tiada siapa peduli. Pemergiannya membuka mata masyarakat terhadap kezaliman yang dilaluinya.

Alfatihah buat Allahyarhamah adik Syafia Humairah
yang kembali ke rahmatullah tanpa hisab, tanpa seksa kubur &
 semestinya syurgalah tempatnya...Amin

Apalah salah si kecil ini...mereka tidak mengerti apa-apa!! Sudah hilangkah kasih sayang manusia di dunia ini? Pekakkah telinga ibu bapa atau jiran-jiran yang mendengar tangisan anak-anak yang menangis minta dilepaskan dari penderaan? Butakah mata masyarakat kita sehingga tidak endah dengan kes-kes seperti ini?

Senario ini sudah pastinya dikaitkan dengan ibu bapa sendiri. Jadilah ibu bapa yang mithali. Berpegang pada ajaran Islam, berpegang pada didikan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Gunakanlan iman, ilmu dan akal dalam setiap tindakan untuk mendidik anak-anak. Jadilah ibu bapa yang terbaik untuk melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat. Berilah kasih sayang dan perhatian yang cukup untuk anak-anak...Institusi keluarga yang hancur seperti yang dilalui oleh arwah adik Syafia adalah contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat.

Inilah masanya masyarakat wajar menjadi sibuk dan menjaga tepi kain orang supaya kanak-kanak tidak menjadi mangsa sehingga membawa kepada kematian yang sepatutnya dielakkan. Sekiranya kita mengetahui ada berlaku sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak, jiran atau masyarakat wajar melaporkan kepada pihak terbabit. Kepada orang ramai, apabila mereka mendapat tahu berlakunya kes ini yang melibatkan jiran atau sesiapa sahaja, mereka perlu mengambil langkah dengan membantu si mangsa. Buangkan rasa ‘jangan jaga tepi kain orang demi menyelamatkan masa depan generasi muda ini.

Berkurangannya masalah penderaan, maka berkuranglah lagi mangsa dera di kalangan kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Berikan mereka cahaya yang terang supaya dapat mengecapi zaman pembesaran dengan nilai kasih sayang yang tidak ternilai, bukan sebaliknya.

Buat mereka masih hidup dan terbabit dalam pembunuhan kejam ini...Ingatlah, mereka akan dibicarakan di mahkamah dunia dan mahkamah Allah. Pembalasan setimpal akan mereka terima. Diharapkan pihak berkuasa tidak mengambil masa yang lama untuk menjatuhkan hukuman kepada tertuduh. Biar menjadi pengajaran kepada semua orang yang melakukan kezaliman kepada kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa. Apabila masa yang terlalu lama diambil, lama-kelamaan mereka-mereka yang telah, pernah dan akan melakukan kezaliman terhadap kanak-kanak akan lupa akan hukuman-hukuman yang akan diterima mereka. Semoga kita mengambil iktibar & pengajaran dari kes ini...

Hentikan penderaan kanak-kanak...
sayangilah anak-anak anda!!!

Wednesday, March 03, 2010

Rangkaian Restoran & Hotel HPA

Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang, Johor dan terkini di Melaka (Mydin Mall MITC). Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam.


Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:
Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC) Sg Petani - masakan cina

Restoran Radix Chicken House (RCH) Jelempok, Kluang, Alor Setar & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll.

Restoran Radix Pizza House (RPH) Sg Petani - pizza dan western food

Restoran Radix Organic Recipe (ROR) Sg Petani - nasi ayam organik

Radix Bakery House (RBH) Sg Petani - kedai kek, roti & ban

HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah.

Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara. Nantikan kewujudannya ditempat anda..insyaAllah!!!!!!!

"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"

Tuesday, March 02, 2010

Mencari yg halal itu fardu bagi setiap muslim...

FIKIRKAN SEJENAK…

Adakah kedai @ pasaraya kegemaran anda membayar anda kerana mengesyorkan orang lain membeli dikedainya?

Adakah kedai kegemaran anda menghargai anda apabila anda membeli dari mereka berterusan?

Adakah kedai kegemaran anda menawarkan potongan harga dan rebat ke atas setiap barangan yang anda beli dari mereka?

Adakah kedai kegemaran anda mempelawa anda menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

PENGGUNA BIJAK PENDAPATAN MELONJAK

Apakah itu konsep pengguna bijak dan bagaimana ia boleh menghasilkan pendapatan? Pengguna bijak adalah pembeli yang mendapat pulangan semula keuntungan apabila mereka membeli barangan keperluan mereka.

Sudah tiba masanya pengguna berfikir bukan sahaja sebagai pengguna yang melihat dunia hanya untuk membelanjakan wang semata-mata tetapi ubah kepada kaca mata pekedai bagaimana mendapat wang dari perbelanjaan tersebut.

Jadi untuk menjadi pengguna bijak maka perlulah kita ubah pasaraya kita ke Pasaraya HPA yang telah selama lebih 12 tahun memberi ganjaran pendapatan selain dari barangan.

Bukan sahaja pendapatan tetapi juga penjimatan dengan harga barangannya yang berpatutan dan setanding pasaran. Jadi berbelanja di HPA dapat produk berkualiti, dapat penjimatan dan dapat pendapatan. Itulah dia PENGGUNA BIJAK.

Jika pada setiap bulan anda pergi membeli-belah di Pasaraya yang tidak memberikan anda apa-apa pulangan mengapa tidak anda menjadi PROSUMER bersama kami ??

Jadi lah PROSUMER!!
(1) Producer= Make money
(2) Consumer =Spend money
(3) Pro-sumer=Make money while spending money.

PROSUMER = Producer + Consumer = PENGGUNA BIJAK

Barangan adalah pelbagai dan memenuhi keperluan anda. Pendek kata apa sahaja yg anda perlukan ada disediakan...FIKIRKAN perkara berikut??

Bersama kami anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang, tetapi anda boleh mendapat pendapatan sampingan dengan mengajak rakan anda menyertai kami dan membantu mereka melakukan seperti yang anda lakukan..


Lihat apa yang anda boleh tukar dengan produk HPA:

Air minuman: Air Mineral HPA

Aiskrim: Aiskrim Toyyibah (perisa koko, kopi, jagung dan vanilla)

Ayam: Ayam Organik HPA

Baja: Baja Organik HPA

Balm: Balm Pala Aromaterapi

Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi

Bedak sejuk: Bedak Sejuk Tompok Hitam HPA

Bengkung/Barut: Barut Berherba/Azzahraa Corset (untuk selepas bersalin)

Beras: Beras Perang Organik

Berus gigi: Berus Gigi Kasturi

Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix

Cecair pencuci pinggan: Wahdah

Cecair pencuci tangan: Orange Wash

Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA

Diapers/Lampin pakai buang: Diapers Babyku HPA

Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA

Jem: Jem Roselle, Jem Nenas

Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA

Kicap: Kicap Lemak Manis, Lemak Masin HPA

Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix, Kopi Radix Diet (menggantikan nescafe, kopi)

Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Jambu Merah

Kosmetik: Centella White

Losyen badan: Body Hydrating Lotion HPA (Centella White)

Mandian: Mandian Sari Timun

Mee Kuning: Radix Mee Kuning Kering

Milo/Minuman coklat: Radix Koko

Minuman berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Radix Strawberry, Radix Anggur, Ice Cream Soda Radix

Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)

Minyak angin: Minyak Sahara (pengganti minyak angin cap kapak)

Minyak bayi: Minyak Bayi HPA

Minyak rambut: Tonik Pandan/Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun

Minyak/Krim urut: Minyak But-but/Krim But-but

Pencuci Tandas, Lantai, Pinggan: Pencuci Angsana, Merbau, Widuri

Pencuci wanita: Lady Cheer

Penghindar serangga: Penghindar Serangga Jasmin (pengganti Ridsect dll)

Perapi rambut: Hair Conditioner HPA

Perencah: Perencah Alami

Rempah kari: Rempah Kari Ayam&Daging, Ikan HPA

Sabun mandi: Sabun Safron/Susu Kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in  1/Cucumber Bath Gel
 
Sabun pencuci baju: Freesia Plus (serbuk dan cecair)

Sardin: Sardin dalam Sos Tomato HPA

Sate: Sate Ayam Organik HPA

Sos: Sos Cili, Tomato, Thai, Roselle HPA

Sosej: Sosej HPA

Syampu rambut: Syampu Betik/Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi

Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/Teh Tropika/Teh Manjakani/Minuman ALG/Minuman Serai

Tepung ayam goreng: Tepung Goreng RFC

Ubat batuk: Madulia

Ubat gigi: Ubat Gigi Herba HPA, Amal

“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita,
Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”
- Tuan Hj. Ismail b. Hj. Ahmad

Friday, February 26, 2010

Bagaimana Mencintai Nabi??

Mencintai Nabi s.a.w. satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah. Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi...

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidup Baginda yg tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi.

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dan dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi.

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dalam masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada ummah sekeliannya.

4. Membuat amalan yang disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:
1. Menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
2. Memberi makan orang yang susah
3. Membantu orang kesempitan
4. Menyampaikan hajat muslimin
5. Menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:
1. Syirik
2. Menentang sunnahnya
3. Berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya

1. Mendampingi alim ulama
2. Mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya .


*Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda. Semoga Allah memberi kepada kita anugerah mencintai Nabi kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidur Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, ameen…

PeMeRG!aNMu...

Mengenang kembali detik-detik pemergian Baginda Rasulullah s.a.w...sungguh amat menyentuhi hati. Cubalah hayati bait-bait lirik di bawah ini. Marilah kita hayati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Baginda Rasul untuk umatnya. Sesungguhnya bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah. Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Baginda. Moga-moga kita termasuk di kalangan orang yang mendapat shafaat baginda Rasulullah di akhirat kelak...Ameen. 

Pemergianmu
by Inteam

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Kasih Sayang Rasulullah

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah "umatku, umatku, umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.  Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?"

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Wallahu'alam..


Adakah kita sayangkan Rasulullah saw
sepertimana sayangnya Rasulullah saw kepada kita?



**Ya Allah betapa ku rasa terlalu kerdilnya diri ini...menitis air mata bila baca artikel nie, bila mengenangkan betapa kasih dan sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya, tetapi apakah kita juga sebagai umatnya kasih dan sayang kepadanya? Kalau direnung dan difikir-fikirkan dalam setahun@sebulan@sehari berapa kali kita mengingati akan jasa seorang manusia agong, penyampai risalah mulia yg tanpanya akan Islamkah kita (dengan izin Allah)? Dalam solat, apabila kita berselawat kepadanya, apakah kita merasa betapa besar pengorbanannya dan betapa sayangnya baginda kepada umatnya...

Semoga kita hayati perjuangan Rasulullah...tiada yg terbaik sebagai ummatnya menjadikan sunnahnya sebagai panduan untuk mencari redha Allah. Mari kita sama-sama review adakah kita benar-benar menjadi ummatnya yang terbaik dari segi mencontohi akhlaknya, pimpinannya dan semangatnya untuk memperjuangkan Islam di muka bumi ini...Ya Rasulullah kami amat merinduimu...tidak layak ingin mengatakan cinta padamu kerana diri ini amat sedikit mencontohi peribadimu..maafkan kami ya Rasulullah...

Ayuh kita bangkitkan diri agar segala yg indah menghiasi peribadi, krn qudwah kita adalah nabi, krn itulah sifat hamba yg hakiki..Mg istiqamah fisabilillah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments