Pages

Wednesday, July 13, 2011

Indah Penciptaan Adam & Hawa...

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH s.w.t. di saat Adam a.s. tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci, manakala wanita sebaliknya.

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam a.s. saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi qalbu (hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya". Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf.

Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

 

Friday, July 01, 2011

Khas buat isteri2 serta bakal isteri seorang pejuang...



Tetiba terbaca sajak yg istimewa ni...ku postkan dcni buat tatapan isteri2 serta bakal isteri seorang pejuang juga shbt2 muslimah sekalian..


Isteriku...
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap, ianya semakin kasar dan keras...
Apabila kurenung wajahmu...
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat...
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing...
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.

Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping i
nsan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka...
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu...
Hanyasanya untuk Islam...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...
Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama...
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa.

Isteriku...
Bukan aku tidak mampu membelikan barang dan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku...
Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam...
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...
Atau honeymoon di Kota Paris kah?...
Katakan...Aku mampu memberikan...
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...
Akhirnya...
Arghhh...Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Dengan penuh keyakinan kau berkata...
"Saudara, mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?...
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?...
Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?...
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?...
Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...
Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api...
Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam...
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak...
Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara...
Dan...mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?...
Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu...
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu...
Bukannya kau yang diubah oleh dunia.

Isteriku...
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung...
Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam...
Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini...
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan.

Isteriku...
Tangkasnya engkau selaku suri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku...
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang...
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu...
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul s.a.w, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al-Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan.

Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al-Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah s.a.w. masih ada...
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU...WAHAI ISTERIKU...

Friday, April 08, 2011

BIttAufIq WAnNAjAh,,,



Selamat menghadapi imtihan akhir semester buat semua sahabat2 mahasiswa UKM. Buat semua pelajar tahun akhir, ini merupakan exam terakhir kita diperbukitan ilmu ini,,sama2 buat yg terbaik...i'Allah.

Sedikit perkongsian dalam fatrah imtihan...semoga Allah mempermudahkan segala urusan...
Kejayaan kita dalam imtihan dunia akan datang adalah terletak pada usaha & kesungguhan kita pada hari ini. Begitu pula halnya kejayaan kita dalam imtihan akhirat yang pasti kita hadapi cuma tidak pasti bila waktunya, adalah terletak pada usaha & kasih sayang Allah pada kita. Persoalan utamanya adalah matlamat kita telah pun ada, imtihan dunia untuk lulus dengan cemerlang dan imtihan akhirat untuk memperoleh redha Allah & ganjaran syurganya. Oleh itu, sama2lah kita bina strategi & disiplinkan diri dengannya serta beristiqomah padanya menuju ke arah matlamat yang ingin dikecapi.


Namun seandainya pada ketika ini matlamat masih kabur, pasti jalannya juga akan menjadi kabur yang akhirnya menggelincirkan kita dari jalan yang sebenar. Oleh itu berwaspadalah kita dengan apa yang ada disekeliling kita. Dunia ini persinggahan sebagai ladang tanaman untuk menyemai benih amalan yang hasilnya bakal kita tuai di akhirat kelak. Imtihan dunia dan imtihan akhirat zahirnya mempunyai persamaan namun hakikatnya ada perbezaan yang mana perbezaan itu hanya mampu dilihat oleh mereka yang memiliki bukan sahaja mata indera yang celik tapi juga mempunyai mata hati yang celik.


Bersungguh dalam membuat persediaan menghadapi imtihan dunia engkau akan dapat hasilnya di dunia. Manakala bersungguh2 membuat persediaan untuk menghadapi imtihan akhirat juga pastinya akan engkau perolehi ganjarannya di akhirat. Namun, ramai orang yang berjaya dalam imtihan dunia belum tentu berjaya dalam imtihan akhirat akan tetapi kebiasaanya orang yang berjaya dalam imtihan akhirat adalah juga mereka yang berjaya dalam imtihan semasa di dunia dahulu...


من حسنت بدايته حسنت نهايته
“Sesiapa yang elok pada permulaannya lazimnya akan elok juga kesudahannya.”

Salam imtihan buat semua…

p/s: Usaha, doa  & tawakal dalam segala amal perbuatan insyaAllah mudah2an kita semua dipermudahkan segala urusan…Amiin.
Seeru 'ala barakatillah ^_^

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidurrasul 1432H..


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. (12 Rabi'ul Awal) diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Kekalkan ingatan ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w...

Di hari yang bersejarah ini marilah kita banyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita ambil segala contoh tauladan yg baik dari Baginda dan kita tinggalkan segala laragannya.  Bersama menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian, bukti cinta kita kepada Baginda. Semoga kita semua mendapat limpah rahmat dan kasih dari Allah s.w.t.


"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia."


Ayuh kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad s.a.w...





Thursday, February 03, 2011

Adab Bercinta Dalam Islam...

Slm shbt2ku...apa pndpt shbt2 ttg bcinta sblm kahwin n bcouple?Adakah bcinta sme dgn bcouple?Adakah salah kte bcinta sblm kahwin??Mgkin shbt2 ada pndpt n pnafsiran tsendiri bkaitan hal ini...
Setujukah shbt2 jika sye ktekn bhw org yg bcinta sblm kahwin xsemestiny bcouple ttp org yg bcouple semestiny bcinta sblm kahwin..bukan mudah menafsirkannya,ttp hakikat jelas,cinta itu suci & bercinta sblm kahwin tiada salahnya,namun yg dilarang adalh bcouple..benda yg banyak mudharat bbanding kebaikan!!! Jom kte bce artikel dbawah...


Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah s.w.t. menyatakan: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat 3 peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur2 maksiat dan perkara2 yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. 3 peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang & cinta selepas perkahwinan.


Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara2 berikut:

1. Menjaga batas2 pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam2 dengan bertelefon atau berbual2, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2. Menghormati maruah dan harga diri masing2, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua2an dengan kekasih, kerana orang yang ke3 adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias2 atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik2nya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak2 tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain2 dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.


Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal, bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas2 agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati2lah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ke3 yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta Selepas Kahwin

Allah s.w.t. mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredhai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak2 dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara2 untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu2 untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua2 belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.


Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah s.w.t. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain2 agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis2 cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Friday, January 28, 2011

Selamat bercuti!!


Selamat bercuti diucapkan kpd mahasiswa/i Fakluti Pengajian Islam khususnya & mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya..

~~ Manfaatkan cuti yang diberikan bersama keluarga & orang yang tersayang sebaiknya..Jadikan kepulangan kita ke halaman masing-masing dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat..

~~ Jangan lupa utk menyiapkan tugasan yg telah diberikan...kpd sahabat2 tahun 3, teruskan berjuang untuk LATIHAN ILMIAH (TESIS)..

~~ Panjang umur, kita jumpa lg mggu depan!!!i'Allah..

Madah Buat Sahabat Seperjuanganku...

Sahabatku...
Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kita umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekati. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Panahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Sahabatku...
Aku berharap kita akan menjadi spt mawar aspirasi setiap mujahadah. Aku harap kita akan sama2 mempertahankan kubu diri kita dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN & KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...dan sentiasa MENGHIASI WAJAH dengan titisan wuduk, bukan dengan solekan dunia semata2 biarpun aku tahu kita sama2 menginginkannya...

Sahabatku...
INGATLAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI & LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Aku tahu bukan mudah untuk mempertahankannya..tapi aku juga yakin kita mampu!!!

Sahabatku...
WANITA SOLEHAH yg patuh & taat kepada Al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan & mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam diri kita. Kadang-kadang kita merasa diri kita kuat dan kadang-kadang kita lemah...Namun ingatlah sahabatku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan2 baginya ke arah itu.




Sahabatku...
Akuilah bahawa diri kita menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu: "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu sahabatku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunnah.

Sahabatku...
Ingatkah kau akan nasihat kita kepada adik2 kesayangan kita di waktu petang, kadangkala pada lewat malam. Mengorbankan masa untuk mentarbiah diri mereka agar menjadi mujahidah sejati biarpun aku kadang2 lupa akan nilai 'tarbiyah' itu sendiri. Entahlah...mungkin Allah sahaja yg berhak menguji kata2 kita...nasihat kita...adakah kita sendiri tidak memahami...

Sahabatku...
Dalam hidup tentu saja kita ingin menyayangi & disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kita yg tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, KERANA CINTA, MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA & KERANA CINTA, MARUAH TERGADAI. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: "Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yg hak & bathil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata2 dan bukan kerana ALLAH S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah diri kita yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yg sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan & kehebatan terhadap ALLAH, dan dgn itu akan timbul CINTA & KASIHMU TERHADAP PENCIPTA KITA.

Sahabatku...
Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabat kita setaraf kaum Adam. Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yg bakal menggoncang dunia dgn SENTUHAN TANGAN KITA SENDIRI...insyaAllah...

Thursday, January 20, 2011

Qasidah Al-Muhammadiah


Dalam 1 program baru-baru ni, saya ada belajar Qasidah Al-Muhammadiah..memang terasa ketenangan semasa mendendangkan Qasidah ini. Qasidah yang menceritakan perihal Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.…

Sedikit pengenalan tentang pengarang Qasidah Al-Muhammadiah yang masyhur ini. Beliau ialah Imam Muhammad Al-Busiri. Dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Busair pada tahun 608H. Gelaran Al-Busiri yang terdapat pada namanya diambil sempena nama kampung tempat beliau dilahirkan. Merupakan seorang yang pakar dalam kesasteraan (Adab) dan juga syair.

Imam Muhammad Al-Busiri telah mengarang sebuah qasidah untuk menunjukkan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, beliau dalam keadaan lumpuh anggota badannya. Ditakdirkan Allah, beliau telah didatangi oleh Baginda Rasulullah s.a.w. ketika tidur dan Rasulullah s.a.w. telah menyempurnakan rangkap bait qasidah yang tidak sempurna. Rasulullah s.a.w. juga telah mengusap tangannya yang mulia ke badan Imam Muhammad Al-Busiri, lalu apabila beliau bangun dari tidur, tubuh beliau telah sihat dari penyakit lumpuh.

Beliau merupakan salah seorang ulama kebanggaan rakyat Mesir. Maqamnya terletak di sebuah masjid di Iskandariah, Mesir.




Maqam Imam Muhammad Al-Busiri di Iskandariah


Jom sama-sama kita menghayati bait-bait qasidah ini agar kita turut sama merindui dan mencintai Rasulullah s.a.w…


* Terjemahan bait-bait qasidah...
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang Arab dan Ajam (selain dari Arab).
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang yg berjalan di atas kaki.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penyebar perkara ma'ruf dan berakhlak dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu yang memiliki ihsan dan kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam kata2 dan bicaranya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu punyai akhlak terpuji dan elok sifatnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kejadiannya disertai dengan nur.
Nabi Muhammad s.a.w. itu akan sentiasa bercahaya sejak azali.
Nabi Muhammad s.a.w. itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu asal tempat lahirnya nikmat2 dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 makhluk Allah s.w.t. dari zuriat Mudhar.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 pesuruh Allah s.w.t. semuanya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu agamanya benar yg kita beragama dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu sangat elok rupa dan peribadi di atas bukit.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan mengingatinya menjadi roh kekuatan pada diri kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan syukur kepadanya menjadi kewajipan ke atas umat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghias dunia dan keelokannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pembuka kesempitan dan kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghulu yg hebat perjalanan hidupnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dijadikan Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan segala nikmatNya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu makhluk pilihan dari kalangan makhluk dan yg sebaik2nya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu suci dari segala tohmahan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menyukai para tetamu kerana memuliakannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kekasih Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menjadi tenang dunia dengan perutusannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu datang dengan mukjizat dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pada hari dibangkitkan manusia akan menjadi pemberi syafaat kepada kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu cahayanya menunjuki kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu membawa rislah Allah s.w.t. yg mempunyai keazaman yg kuat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup kepada para Rasul sekaliannya.

Monday, January 03, 2011

Pengalaman baru XPDC di tahun baru....

Alhamdulillah, menjelang tahun baru 2011, saya diberi peluang oleh Allah s.w.t. utk sama2 mengikuti program XPDC Dakwah anjuran Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yg diadakan di sekitar KLCC. Saya dan sahabat2 muslimat dari UKM bertolak ke sana menaiki komuter dan sampai di Masjid KLCC agak lewat jugak, lebih kurang pukul 9.30 mlm…time tu Forum Sambutan Ambang 2011 yg dianjurkan oleh Masjid Asy-Syakirin KLCC & JAWI sudah bermula.


Setelah selesai forum tersebut, kami yg mengikuti program di bawah anjuran GAMIS diminta utk berkumpul di aras 2 masjid utk taklimat XPDC Dakwah. Dalam taklimat tersebut, kami dibriefing tentang perjalanan XPDC tersebut dan kami diminta utk membuat kumpulan2 kecil yg mana kami akan bergerak di dlm kumpulan sepanjang XPDC tersebut. Program ini telah mendapat sambutan dari mahasiswa pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, UIA Gombak, USIM, UMP, USM, UKM, UKM KL, UM, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Darul Quran dan beberapa kampus lain. Semasa sdg mendengar taklimat, tiba-tiba bunyi ledakan bunga api telah pun bermula dgn suasana di luar masjid yg sangat bising dgn pekikan dan sorakan. Ini menandakan jam telah menunjukkan pukul 12 tgh mlm dan tlh tiba Tahun Baru 2011...Lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm, kami mula turun dr masjid dan bergerak dlm kumpulan masing2 utk melaksanakan praktikal dakwah kpd golongan sasaran. Inilah masanya peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yg kian menghujani negara kita.



Tujuan utama kami berada di tengah2 Bandar Raya Kuala Lumpur ini adalah utk melihat dgn mata kepala kami sendiri bagaimana suasana penduduk terutama muda-mudi di Malaysia yg kita cintai ini meraikan Sambutan Tahun Baru. XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat bagi membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat.

Kami mencari sasaran yg sepatutnya utk menyebarkan risalah dakwah dan mendekati, seterusnya menyelami jiwa2 yg berkeliaran tanpa tujuan yg pasti. Satu cabaran apabila berhadapan dgn muda-mudi yg terlalu sosial..pelbagai kelakuan yg tidak enak dapat dilihat seperti remaja melayu berpeluk2an tanpa segan silu, berpakaian yg terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Saya amat terkejut juga pada malam itu krn terdapat juga orang2 melayu yang cuba menjual arak ditepi jalan sempena dgn sambutan tahun baru ini. Pilu rasanya apabila melihat majoriti yang berada di sekitar KLCC, menghabiskan saki baki 2010 dan menyambut tahun baru 2011 ini dengan sia-sia…amat sedih lg bila melihat kebanyakan mereka adalah dalam kalangan remaja2 melayu kita. Perbuatan mereka yg paling menonjol saya lihat ketika itu adalah pemakaian ‘tanduk syaitan’ di kepala. Tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak @ dewasa, bahkan perempuan bertudung juga ada yg memakainya. Sejenis cekak berlampu yg dipakaikan di kepala menyerupai tanduk syaitan. Dijual dgn perbagai warna dan saiz dengan harga RM 4-5 dgn warna merah, hijau, biru dan sebagainya. Ramai yang mengenakannya di kepala pada malam ini. Apakah tujuan mereka memakai benda tu?? Semuanya mahu jadi syaitan mungkin…

Pelbagai reaksi dan respon diterima daripada golongan sasaran ini apabila dihulurkan risalah2 yg dibekalkan. Ada yg menerima dgn baik dan ada juga yg menolak dgn kasar. Begitulah realitinya mehnah dan tribulasi yg diterima oleh para dae’i. Antara pengisian yg terdapat dalam risalah tersebut adalah ‘Punca Utama Masalah Sosial’, ‘Berpakaian Tetapi Bertelanjang’ dan sebagainya. Program ini juga telah mendapat reaksi positif di kalangan ibubapa dan juga orang ramai yg telah ditemui.

Di samping menyebarkan risalah, kami juga berbual2 dengan ‘remaja bertuah’. Selami hati mereka, tanyakan masalah mereka, azam mereka dsbnya, supaya mereka sedar masih ada yg sayang dan prihatin terhadap mereka. Jiwa mereka kosong...tidak diisi dgn cahaya rohani. Namun terdapat juga segelintir daripada mereka yg sebenarnya sedang mencari hidayah Allah utk kembali ke pangkal jalan. Mereka faham apa yg halal dan apa yg haram, tetapi lemah daripada segi pelaksanaan dan amalan. Mereka mahu berubah, tetapi...tidak tahu siapa yg boleh membimbing mereka. Jadi siapa lagi yg perlu memberikan penerangan? Sudah tentulah golongan2 yg faham dan jelas yg sepatutnya menjadi agen penerangan dan perubahan kepada masyarakat sekeliling...insyaAllah. Program ini berakhir lebih kurang pukul 3.00 pagi. Kami semua berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin, tidur di masjid untuk program qiamullail dan program seterusnya keesokannya.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments