Pages

Monday, November 01, 2010

Erti Sebuah Persahabatan...


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yg memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan & perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya...

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti2...kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yg sentiasa memahami, ya selalu berada di sisi kita pada waktu kita memerlukannya...Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan, harapan & impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan & berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa & menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia...dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih & kecewa. Dia juga ada kelemahan & dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.

Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...

 
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN
KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA....

p/s: Buat sahabat2ku yg sering terkecil hati kerana perbuatan @ kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku yg lemah ini!!!
****************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments