Pages

Wednesday, January 06, 2010

DOA RABITAH

YA ALLAH,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat & menyokong syariatMU..
maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini
akan jalanNya yang sebenar,
penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu
yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan
limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan
ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,
jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
YA ALLAH perkenankanlah permintaan ini…
Amin ya rabbal A'alamin.


# Doa rabitah merupakan sebahagian dari risalah Al –Mathurat iaitu wirid yang dibaca pada pagi dan petang, baik sebagai rangkaian wazhifah kubra@sughra ataupun boleh membacanya selepas solat. Biasanya dilakukan secara sendirian@berjemaah. Sama2 kita mengamalkannya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments