Pages

Friday, February 26, 2010

Bagaimana Mencintai Nabi??

Mencintai Nabi s.a.w. satu perkara yang perintahkan. Untuk mencintai Nabi, agak mudah untuk kita menyebutnya, tetapi untuk menterjemahkannya di dalam kehidupan adalah sesuatu yang susah. Walaubagaimanapun, sedikit usaha dan cita-cita yang ada akan membuatkan kita terus berusaha ke arah itu.

Ada 8 cara untuk mencintai Nabi...

1. Mengenal Nabi

Mengenal Nabi adalah dengan banyak membaca sirah perjalanan hidup Baginda yg tersurat dan tersirat. Kita pelajari bagaimana hidup Nabi dan kita akan temui kehidupan yang cukup luar biasa untuk dicontohi.

2. Berselawat ke atas Nabi

Selalu berselawat ke atas Nabi dan memberikan kesejahteraan kepadanya. Dengan berselawat kita akan selalu mengingati Nabi dan dengan banyak menyebut mengenai Nabi akan melahirkan cinta pada Nabi.

3. Mengikuti sunnah dan cara hidupnya

Kita ikut cara hidup Nabi dalam bentuk dirinya, cara hidup Nabi dalam keluarga, cara hidup Nabi dalam masyarakat, sunnah Nabi dalam bentuk kenegaraan dan sampai kepada ummah sekeliannya.

4. Membuat amalan yang disukai Nabi

Antara perkara yang Nabi suka ialah:
1. Menjaga, memelihara dan meraikan anak yatim
2. Memberi makan orang yang susah
3. Membantu orang kesempitan
4. Menyampaikan hajat muslimin
5. Menasihati orang yang lupa

5. Menghindari perkara yang Nabi benci

Antara perkara yang Nabi benci ialah:
1. Syirik
2. Menentang sunnahnya
3. Berbohong di atas namanya

6. Menyampaikan dari Nabi kepada orang lain

Kita menyampaikan apa yang disampaikan oleh Nabi pada orang lain. Ia disebut sebagai berpesan-pesan sesama muslim.

7. Mendampingi penggantinya

1. Mendampingi alim ulama
2. Mendampingi para Daie (para pendakwah)

8. Berdoa

Mendoakan Nabi, ahli keluarga dan sahabatnya. Berdoa supaya kita direzekikan mencintai Allah dan Rasulnya .


*Orang yang mencintai Nabi adalah orang yang layak mendapat syafaat dari baginda. Semoga Allah memberi kepada kita anugerah mencintai Nabi kerana sesungguhnya, tidak semua orang mendapat anugerah ini.

Salam Maulidur Rasul untuk semua, semoga sentiasa mengingati Allah dan Rasulnya, ameen…

PeMeRG!aNMu...

Mengenang kembali detik-detik pemergian Baginda Rasulullah s.a.w...sungguh amat menyentuhi hati. Cubalah hayati bait-bait lirik di bawah ini. Marilah kita hayati perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang Baginda Rasul untuk umatnya. Sesungguhnya bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai umat nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah. Marilah kita perbanyakkan berselawat ke atas Baginda. Moga-moga kita termasuk di kalangan orang yang mendapat shafaat baginda Rasulullah di akhirat kelak...Ameen. 

Pemergianmu
by Inteam

(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Kasih Sayang Rasulullah

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah "umatku, umatku, umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.


Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul, berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab."

Jawab Nabi Muhammad saw,

"Aku akan tolong kamu semua."

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,

"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.  Aku akan kabulkan permintaanmu."

Rasulullah SAW menjawab,

"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Titian Sirat
Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,

" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,

"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?"

Jibrail menjawab,

"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.

Wallahu'alam..


Adakah kita sayangkan Rasulullah saw
sepertimana sayangnya Rasulullah saw kepada kita?



**Ya Allah betapa ku rasa terlalu kerdilnya diri ini...menitis air mata bila baca artikel nie, bila mengenangkan betapa kasih dan sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya, tetapi apakah kita juga sebagai umatnya kasih dan sayang kepadanya? Kalau direnung dan difikir-fikirkan dalam setahun@sebulan@sehari berapa kali kita mengingati akan jasa seorang manusia agong, penyampai risalah mulia yg tanpanya akan Islamkah kita (dengan izin Allah)? Dalam solat, apabila kita berselawat kepadanya, apakah kita merasa betapa besar pengorbanannya dan betapa sayangnya baginda kepada umatnya...

Semoga kita hayati perjuangan Rasulullah...tiada yg terbaik sebagai ummatnya menjadikan sunnahnya sebagai panduan untuk mencari redha Allah. Mari kita sama-sama review adakah kita benar-benar menjadi ummatnya yang terbaik dari segi mencontohi akhlaknya, pimpinannya dan semangatnya untuk memperjuangkan Islam di muka bumi ini...Ya Rasulullah kami amat merinduimu...tidak layak ingin mengatakan cinta padamu kerana diri ini amat sedikit mencontohi peribadimu..maafkan kami ya Rasulullah...

Ayuh kita bangkitkan diri agar segala yg indah menghiasi peribadi, krn qudwah kita adalah nabi, krn itulah sifat hamba yg hakiki..Mg istiqamah fisabilillah!!

Thursday, February 11, 2010

Selamat Bercut!...



Selamat bercuti buat semua mahasiswa UKM..
Manfaatkan cuti yang diberikan bersama keluarga&orang yang tersayang sebaiknya..Jadikan kepulangan kita ke halaman masing-masing dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat..


Thursday, February 04, 2010

Program Terkini!!!


Lajnah Perhubungan Luar&Pengintegrasian Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) akan mengadakan Lawatan Pengantarabangsaan ke Acheh pada 5-8 Feb 2010. Program ini merupakan program mega bagi PMFPI. Ia melibatkan 39 orang peserta termasuk ajk dan seorang pengiring iaitu pensyarah di Fakulti Pengajian Islam..

Program ini adalah sebagai 1 wadah untuk berinteraksi di antara 2 negara berlainan seterusnya memperbaiki perjalanan persatuan di peringkat antarabangsa di samping melahirkan mahasiswa yang cemerlang dari sudut akademik disertai dengan penghayatan ilmu yang mantap..

Antara program2 yang akan diadakan sepanjang berada di IAIN Ar-Raniry ialah:
Majlis Interaksi Pimpinan
Forum Mahasiswa
Dialog isu-isu kampus

Juga lawatan2 ke tempat yg bersejarah spt:
Masjid Batul Rahman
Panti Asuhan Anak Yatim Bumi Moro
Muzium Aceh
Kapal Apung
Kapal atas rumah
dan byk lg tmpt2 bersejarah...

Semoga kita semua akan dipermudahkan segala urusan ketika berada di sana & dilindungi serta dirahmati sentiasa...AMIN...

Sunday, January 24, 2010



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, January 20, 2010

Kisah Teladan

Jgn Lupa Nikmat Allah & Hargai Pemberian Orang Tua

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
 

Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang...hatinya berbunga keriangan. Suatu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya. Si ayah memuji anaknya sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang. Si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu.


Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik. Si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya yg tidak menunjukkan sebarang perubahan seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya.


Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka...apa makna semua ini??? Sebuah Al-Qur'an kecil, comel dgn cover kulit, tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak. "Ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Qur'an ni yang saya nak"...katanya keras. Al-Qur'an itu dihempaskan ke atas meja bacaan. Si anak terus meninggalkan si ayah tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg, lantas dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya.


10 tahun berlalu...si anak kini merupakan seorang yang berharta, punyai syarikat sendiri dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh. Sudah 10 tahun, sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya. Sedang dia berkira2 sendiri, telefonnya berdering...dari peguam ayahnya. Ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta.


Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya. Hatinya sebak...bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya, Al-Qur'an yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini. Perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-Qur'an itu, membelek2-nya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba jatuh sesuatu dari Al-Qur'an itu...segugus kunci...di muka belakang Al-Qur'an itu, ada sepucuk sampul surat ternyata diselotepkan disitu.

Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...didalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah. Sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini...hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang..
Namun semuanya sudah terlambat...

Sekadar renungan bersama:
Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan @ diberi dalam keadaan yg kita hajati??

Tuesday, January 19, 2010

Berilah per!ngatan sesama kita!!



Bagaimana Menjadi Khalifatullah??

Ramai kaum muslim berpendapat bahawa setiap manusia adalah Khalifah iaitu khalifatullah. Padahal Al-Quran sendiri tidak berkata demikian, melainkan memberikan kategori-kategori yg harus dimiliki atau yg harus dilakukan untuk sampai ke tahap itu. Artikel di bawah ini menghuraikan apa yg Al-Quran katakan tentang Khalifah Allah…semoga bermanfaat.


Oleh: Ust. Husein Al-Kaff

Firman Allah Ta'ala: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya." (QS. Al-Baqarah : 30).


Ayat di atas termasuk dari sekian firman Allah Ta’ala yang sentiasa segar dibahas dan dikaji. Hingga saat ini para ulama, khususnya Mufassirin (ahli tafsir Al-Qur’an), belum puas-puas dan tidak henti-hentinya mengungkap dan mengeksplorasi sedalam-dalamnya maksud dari ayat tersebut untuk mendapat kebenaran darinya. Alasan mereka jelas dan sederhana iaitu karena ayat ini menyangkut eksistensi manusia yang sebenarnya.


Dengan memahami ayat tersebut secara baik dan benar, maka akan terpecahkan sebuah problema yang maha besar, iaitu hakikat manusia. Memahami hakikat manusia sangat menentukan pandangan dunia, ideologi, sikap, perjalanan dan nasib manusia setelah mati.


Hakikat manusia bagi sebahagian pemikir dan ahli falsafah, masih merupakan teka-teki yang membingungkan. Umat Islam dengan pancaran cahaya Al-Qur’an, sedikit sebanyak terbantu dalam mengetahui hakikat manusia dan itu pun tergantung sejauh mana mereka memahami ayat tersebut.


Apa Erti Khalifah?

Islam memandang manusia sebagai khalifatullah, yakni khalifah Allah. Itulah hakikat manusia. Namun apakah dalam kenyataannya setiap manusia itu khalifatullah? Bukankah di antara mereka ada yang kafir?


Lalu apa yang dimaksud dengan manusia sebagai khalifatullah? Atau bagaimana manusia menjadi khalifatullah? Sebelum pertanyaan-pertanyaan di atas dapat dijawab, maka terlebih dahulu harus difahami erti khalifah itu sendiri.


Khalifah atau khilafah, berasal dari akar kata khalaf yang bererti di belakang punggung, meninggalkan sesuatu di belakang atau sesuatu yang menempati tempat sesuatu yang lain. Al-Qur’an menyebut kata khalifah atau khilafah dengan berbagai turunannya.


Selain itu, Al-Qur’an menggunakan kata khalifah untuk manusia dan untuk selain manusia. Misalnya, ayat yang berbunyi, "Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)." (QS. Al-Furqan : 62)
Ketika kata khalifah digunakan untuk manusia, kata ini mempunyai erti yang neutral. Maksudnya boleh untuk kebaikan dan boleh pula untuk keburukan.


Firman AllahTa'ala: "Lalu datanglah setelah mereka generasi (pengganti), yang melalaikan solat dan mengikuti hawa napsu. Mereka kelak niscaya akan mendapatkan kesesatan." (QS. Maryam : 59).
Atau firman-Nya yang berbunyi, "Maka datanglah setelah mereka generasi (pengganti), yang mewarisi kitab." (QS. Al-Araf : 169).
Tetapi ketika kata khalifah disandarkan (di-idhafah-kan) kepada Allah atau Rasulullah, maka kata itu mengandung erti yang positif. Maksudnya jika yang diganti (al-mustakhlif) baik, maka yang menggantikannya (khalifah, mustakhlaf) harus baik juga. Andaikata tidak, maka akan merosak reputasi mustakhlif.


Manusia adalah khalifah dari Allah dan Allah adalah puncak segala kebaikan dan kesempurnaan. Dengan demikian manusia adalah titisan dari kebaikan dan kesempurnaan-Nya.


Jadi manusia berkedudukan sebagai wakil atau pengganti Allah di muka bumi. Iaitu manusia yang mempunyai kemampuan untuk mengatur dan mengubah alam. Manusia yang sedikit sebanyak mengetahui rahsia alam. Semua itu tidak berlaku bagi makhluk-makhluk lainnya. Akan tetapi bagaimana dengan kenyataan umat manusia zaman kini? Sungguh ironis sekali bukan.


Syekh Taqi Mishbah berpendapat, bahawa kedudukan khalifah tidak terbatas pada Adam saja, melainkan manusia lain pun dapat menduduki jabatan khilafah dengan satu syarat, iaitu mengetahui asma. (lihat kitab Ma’arif Al-Qur’an, juz 3 hlm. 73).


Allamah Thabathaba’i dalam kitab Tafsir al-Mizan, jilid I halaman 116 berkata, “Khilafah tidak terbatas pada diri Adam as. sahaja, tetapi para keturunannya pun sama menduduki khilafah tanpa kecuali.”


Selanjutnya beliau menjelaskan, “Maksud mengajarkan asma, adalah menyimpan ilmu pada manusia yang sentiasa akan tampak secara bertahap. Jika manusia mendapatkan petunjuk, maka dia akan membuktikannya secara faktual (bil-fi’li) setelah sebelumnya berupa potensial (bil-quwwah).”


Maksud dari penjelasan Allamah Thabathaba’i di atas, bahawa manusia secara potensial adalah khalifah Allah. Namun yang mampu memfaktualkannya tidak semua manusia. Hanya sebahagian kecil sahaja di antara mereka yang mampu. Hal itu kembali kepada ikhtiar dan pilihan manusia itu sendiri.


Kriteria-Kriteria Khalifatullah

Pada dasarnya manusia diciptakan Allah sebagai khalifah-Nya. Namun hal itu masih berupa potensi, seperti yang telah dijelaskan terdahulu. Agar potensi itu berkembang dan mewujud secara nyata, maka terdapat seperangkat kriteria yang harus dipenuhi sehingga manusia benar-benar menjadi khalifah Allah Ta’ala.
Kriteria-kriteria khalifah Allah itu ialah :


1. Ilmu
Kriteria pertama adalah ilmu. Pada ayat yang telah disebutkan terdahulu, selanjutnya disambung dengan ayat yang berbunyi :
"Dia mengajarkan kepada Adam asma (nama benda-benda) semuanya, kemudian Dia mempertunjukkannya kepada para malaikat. Lalu Allah berfirman (kepada para malaikat): Sebutkanlah kepada-Ku asma-asma itu, jika kalian memang benar ?" (QS. Al-Baqarah : 31).


Para mufasir berbeza pendapat tentang pengertian asma yang tercantum pada ayat di atas. Walaupun mereka berbeza pendapat tentang makna asma, tetapi yang pasti (al-qadru al-mutayaqqan) dan yang tidak diperselisihkan lagi adalah, bahwa Adam as. dibekalkan pengetahuan dan ilmu yang tidak dimiliki oleh para malaikat.


Sebagaimana telah kami kutipkan komentar Allamah Thabathaba’i tentang pengertian asma pada surah Al-Baqarah ayat 31 tersebut, beliau menjelaskan bahawa Allah telah menyimpan dalam diri manusia sebuah potensi ilmu, yang akan nyata dengan mengikuti petunjuk-Nya.


Jadi untuk menjadi khalifatullah, hendaknya manusia berilmu. Manusia yang tidak berilmu, tidak bisa dikatakan sebagai khalifah Allah Ta’ala.


2. Iman dan Amal
Pada ayat yang lain, Allah Ta’ala berfirman tentang kriteria khalifah-Nya.
"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan beramal soleh (kebaikan), bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah. Sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama mereka, yang telah diredhai-Nya untuk mereka, serta Dia benar-benar akan mengubah (keadaan) mereka menjadi aman setelah mereka ketakutan. Mereka akan menyembah-Ku dan tidak menyekutukan apapun dengan-Ku. Dan barang siapa kafir setelah itu, maka mereka adalah orang-orang yang fasik." (QS. An-Nur : 55).


Pada ayat tersebut, jelas sekali Allah berjanji akan menjadikan hamba-hamba-Nya sebagai khalifah yang akan menguasai dan memimpin dunia. Tetapi janji itu akan ditepati-Nya bagi manusia yang beriman dan beramal kebaikan. Dengan demikian dapat disimpulkan, bahawa kriteria lain dari seorang khalifatullah adalah iman dan amal soleh.


3. Memberi keputusan dengan benar (haqq) dan tidak mengikut hawa nafsu
Allah Ta’ala berfirman: "Wahai Daud, Kami jadikan engkau sebagai khalifah di bumi, maka berilah keputusan dengan benar dan janganlah mengikuti hawa nafsu, kerana hawa nafsu akan menyesatkanmu dari jalan Allah." (QS. Shad : 26).


Allamah Thabathaba’i berkata, “Maksud khalifah di sini secara lahiriah adalah khalifatullah, sama dengan maksud dari firman Allah (pada surah Al-Baqarah ayat 30).


Dan seorang khalifah seharusnya menyerupai Yang mengangkat dirinya sebagai khalifah dalam sifat-sifat-Nya dan perbuatan-perbuatan-Nya. Oleh kerana itu, khalifatullah di bumi hendaknya berakhlak dengan akhlak-akhlak Allah, berkehendak, bertindak sebagaimana yang Allah kehendaki dan memberi keputusan dengan keputusan Allah serta berjalan di jalan Allah.”


Selanjutnya ketika menafsirkan ayat:
"Dan janganlah mengikuti hawa nafsu, kerana hawa nafsu akan menyesatkanmu dari jalan Allah."
Beliau berkata, “Makna ayat tersebut adalah, bahawa engkau dalam memutuskan (sesuatu) janganlah mengikuti hawa nafsu, maka engkau akan disesatkan olehnya dari kebenaran, iaitu jalan Allah.” (Tafsir al-Mizan, jilid 17 hlm. 194-195).


4. Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Barang siapa ber-amar ma’ruf dan nahi munkar, maka dia adalah khalifatullah di bumi dan khalifah kitab-Nya serta khalifah rasul-Nya." (Kitab Mizan al-Hikmah, jilid 3 hlm. 80).


Kesimpulan

Semua manusia secara potensial (bil-quwwah), diciptakan untuk menjadi khalifatullah. Namun agar potensi tersebut menjadi nyata (bil-fi’li), terdapat sejumlah kriteria yang harus dimilikinya, iaitu ilmu, iman, amal soleh, memberi keputusan dengan benar, tidak mengikuti hawa nafsu dan ber-amar ma’ruf dan nahi munkar.

Dipetik dari Buletin al-Jawad


* Manusia adalah makhluk Allah yang paling unik. Dengan keunikan itu, manusia diberi tugas besar, iaitu tugas memakmurkan bumi Allah dengan prinsip hamba kepada Allah dan tuan kepada benda, bukan sebaliknya...Justeru, manusia mestilah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah.
Firman Allah bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (QS. Az-Zariyaat : 56)

Thursday, January 14, 2010

DOa RaB!TaH


اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ 
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ، وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ، وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا، وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا، وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لَا يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ، وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ، وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ
وَأَمِتْهَا عَلَي الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَي وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَي سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments