Pages

Wednesday, March 10, 2010

Adakah mudah untuk memaafkan?

Lazimnya kita manusia, tentu tak lepas dari perasaan marah, bebanan masalah, disakiti atau dilukai oleh orang yang di sekeliling kita atau yang kita kenal?


Adakah kita mudah memaafkan insan yang pernah melukai hati kita? Atau ada yang berdendam, atau tak bertegur sapa, putus kawan, and whatever....


Kita selalu rasa kecil hati dengan orang yang melukai kita dan ada masanya, kita jua pernah melakukan perkara serupa pada orang lain samada disedari atau tidak disedari...

Maafkan...

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan bila disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini...

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.


Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu orang lain memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini."


Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.


Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.

Firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 133-134:
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.”


**Kita sebagai umat Islam, tidak boleh terasa/tersinggung dengan orang lain terlalu lama @ menyimpan dendam. Jadilah pemaaf dan mintalah maaf sekiranya melakukan kesilapan. Sebelum tidur kita maafkanlah segala kesilapan orang lain sama ada mereka sengaja atau tidak sengaja. Kemaafan membuatkan peperangan tamat...kemaafan membuatkan semua gembira...kemaafan memberikan makna yang tidak terkira...begitu hebat kemaafan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments