AL-FATIHAH BUAT
SYEIKH AL-AZHAR SYEIKH MOHAMED SAYED TANTAWI
SYEIKH AL-AZHAR SYEIKH MOHAMED SAYED TANTAWI
Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi, 82 meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini. Beliau meninggal dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi selepas mengalami serangan sakit jantung.
Beliau banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar, pusat pengajian Sunah paling terkemuka dalam dunia Islam.
Kematian ulama yang disegani ini sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa. Semoga Allah merahmati jenazah Al-Marhum dan ditempatkan bersama para anbiya', para rasul, orang-orang yang soleh dan para syuhada' sesuai dengan jasanya yang memepertahankan Islam dan mengetuai benteng utama umat Islam, Al-Azhar Al-Syarif.
Al Fatihah...