Pages

Monday, January 03, 2011

Pengalaman baru XPDC di tahun baru....

Alhamdulillah, menjelang tahun baru 2011, saya diberi peluang oleh Allah s.w.t. utk sama2 mengikuti program XPDC Dakwah anjuran Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yg diadakan di sekitar KLCC. Saya dan sahabat2 muslimat dari UKM bertolak ke sana menaiki komuter dan sampai di Masjid KLCC agak lewat jugak, lebih kurang pukul 9.30 mlm…time tu Forum Sambutan Ambang 2011 yg dianjurkan oleh Masjid Asy-Syakirin KLCC & JAWI sudah bermula.


Setelah selesai forum tersebut, kami yg mengikuti program di bawah anjuran GAMIS diminta utk berkumpul di aras 2 masjid utk taklimat XPDC Dakwah. Dalam taklimat tersebut, kami dibriefing tentang perjalanan XPDC tersebut dan kami diminta utk membuat kumpulan2 kecil yg mana kami akan bergerak di dlm kumpulan sepanjang XPDC tersebut. Program ini telah mendapat sambutan dari mahasiswa pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, UIA Gombak, USIM, UMP, USM, UKM, UKM KL, UM, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Darul Quran dan beberapa kampus lain. Semasa sdg mendengar taklimat, tiba-tiba bunyi ledakan bunga api telah pun bermula dgn suasana di luar masjid yg sangat bising dgn pekikan dan sorakan. Ini menandakan jam telah menunjukkan pukul 12 tgh mlm dan tlh tiba Tahun Baru 2011...Lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm, kami mula turun dr masjid dan bergerak dlm kumpulan masing2 utk melaksanakan praktikal dakwah kpd golongan sasaran. Inilah masanya peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yg kian menghujani negara kita.



Tujuan utama kami berada di tengah2 Bandar Raya Kuala Lumpur ini adalah utk melihat dgn mata kepala kami sendiri bagaimana suasana penduduk terutama muda-mudi di Malaysia yg kita cintai ini meraikan Sambutan Tahun Baru. XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat bagi membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat.

Kami mencari sasaran yg sepatutnya utk menyebarkan risalah dakwah dan mendekati, seterusnya menyelami jiwa2 yg berkeliaran tanpa tujuan yg pasti. Satu cabaran apabila berhadapan dgn muda-mudi yg terlalu sosial..pelbagai kelakuan yg tidak enak dapat dilihat seperti remaja melayu berpeluk2an tanpa segan silu, berpakaian yg terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Saya amat terkejut juga pada malam itu krn terdapat juga orang2 melayu yang cuba menjual arak ditepi jalan sempena dgn sambutan tahun baru ini. Pilu rasanya apabila melihat majoriti yang berada di sekitar KLCC, menghabiskan saki baki 2010 dan menyambut tahun baru 2011 ini dengan sia-sia…amat sedih lg bila melihat kebanyakan mereka adalah dalam kalangan remaja2 melayu kita. Perbuatan mereka yg paling menonjol saya lihat ketika itu adalah pemakaian ‘tanduk syaitan’ di kepala. Tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak @ dewasa, bahkan perempuan bertudung juga ada yg memakainya. Sejenis cekak berlampu yg dipakaikan di kepala menyerupai tanduk syaitan. Dijual dgn perbagai warna dan saiz dengan harga RM 4-5 dgn warna merah, hijau, biru dan sebagainya. Ramai yang mengenakannya di kepala pada malam ini. Apakah tujuan mereka memakai benda tu?? Semuanya mahu jadi syaitan mungkin…

Pelbagai reaksi dan respon diterima daripada golongan sasaran ini apabila dihulurkan risalah2 yg dibekalkan. Ada yg menerima dgn baik dan ada juga yg menolak dgn kasar. Begitulah realitinya mehnah dan tribulasi yg diterima oleh para dae’i. Antara pengisian yg terdapat dalam risalah tersebut adalah ‘Punca Utama Masalah Sosial’, ‘Berpakaian Tetapi Bertelanjang’ dan sebagainya. Program ini juga telah mendapat reaksi positif di kalangan ibubapa dan juga orang ramai yg telah ditemui.

Di samping menyebarkan risalah, kami juga berbual2 dengan ‘remaja bertuah’. Selami hati mereka, tanyakan masalah mereka, azam mereka dsbnya, supaya mereka sedar masih ada yg sayang dan prihatin terhadap mereka. Jiwa mereka kosong...tidak diisi dgn cahaya rohani. Namun terdapat juga segelintir daripada mereka yg sebenarnya sedang mencari hidayah Allah utk kembali ke pangkal jalan. Mereka faham apa yg halal dan apa yg haram, tetapi lemah daripada segi pelaksanaan dan amalan. Mereka mahu berubah, tetapi...tidak tahu siapa yg boleh membimbing mereka. Jadi siapa lagi yg perlu memberikan penerangan? Sudah tentulah golongan2 yg faham dan jelas yg sepatutnya menjadi agen penerangan dan perubahan kepada masyarakat sekeliling...insyaAllah. Program ini berakhir lebih kurang pukul 3.00 pagi. Kami semua berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin, tidur di masjid untuk program qiamullail dan program seterusnya keesokannya.

Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments