Pages

Thursday, January 20, 2011

Qasidah Al-Muhammadiah


Dalam 1 program baru-baru ni, saya ada belajar Qasidah Al-Muhammadiah..memang terasa ketenangan semasa mendendangkan Qasidah ini. Qasidah yang menceritakan perihal Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.…

Sedikit pengenalan tentang pengarang Qasidah Al-Muhammadiah yang masyhur ini. Beliau ialah Imam Muhammad Al-Busiri. Dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Busair pada tahun 608H. Gelaran Al-Busiri yang terdapat pada namanya diambil sempena nama kampung tempat beliau dilahirkan. Merupakan seorang yang pakar dalam kesasteraan (Adab) dan juga syair.

Imam Muhammad Al-Busiri telah mengarang sebuah qasidah untuk menunjukkan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, beliau dalam keadaan lumpuh anggota badannya. Ditakdirkan Allah, beliau telah didatangi oleh Baginda Rasulullah s.a.w. ketika tidur dan Rasulullah s.a.w. telah menyempurnakan rangkap bait qasidah yang tidak sempurna. Rasulullah s.a.w. juga telah mengusap tangannya yang mulia ke badan Imam Muhammad Al-Busiri, lalu apabila beliau bangun dari tidur, tubuh beliau telah sihat dari penyakit lumpuh.

Beliau merupakan salah seorang ulama kebanggaan rakyat Mesir. Maqamnya terletak di sebuah masjid di Iskandariah, Mesir.




Maqam Imam Muhammad Al-Busiri di Iskandariah


Jom sama-sama kita menghayati bait-bait qasidah ini agar kita turut sama merindui dan mencintai Rasulullah s.a.w…


* Terjemahan bait-bait qasidah...
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang Arab dan Ajam (selain dari Arab).
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang yg berjalan di atas kaki.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penyebar perkara ma'ruf dan berakhlak dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu yang memiliki ihsan dan kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam kata2 dan bicaranya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu punyai akhlak terpuji dan elok sifatnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kejadiannya disertai dengan nur.
Nabi Muhammad s.a.w. itu akan sentiasa bercahaya sejak azali.
Nabi Muhammad s.a.w. itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu asal tempat lahirnya nikmat2 dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 makhluk Allah s.w.t. dari zuriat Mudhar.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 pesuruh Allah s.w.t. semuanya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu agamanya benar yg kita beragama dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu sangat elok rupa dan peribadi di atas bukit.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan mengingatinya menjadi roh kekuatan pada diri kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan syukur kepadanya menjadi kewajipan ke atas umat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghias dunia dan keelokannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pembuka kesempitan dan kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghulu yg hebat perjalanan hidupnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dijadikan Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan segala nikmatNya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu makhluk pilihan dari kalangan makhluk dan yg sebaik2nya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu suci dari segala tohmahan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menyukai para tetamu kerana memuliakannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kekasih Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menjadi tenang dunia dengan perutusannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu datang dengan mukjizat dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pada hari dibangkitkan manusia akan menjadi pemberi syafaat kepada kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu cahayanya menunjuki kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu membawa rislah Allah s.w.t. yg mempunyai keazaman yg kuat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup kepada para Rasul sekaliannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments