Pages

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidurrasul 1432H..


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah s.a.w. (12 Rabi'ul Awal) diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Kekalkan ingatan ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w...

Di hari yang bersejarah ini marilah kita banyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita ambil segala contoh tauladan yg baik dari Baginda dan kita tinggalkan segala laragannya.  Bersama menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian, bukti cinta kita kepada Baginda. Semoga kita semua mendapat limpah rahmat dan kasih dari Allah s.w.t.


"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia."


Ayuh kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad s.a.w...





Thursday, February 03, 2011

Adab Bercinta Dalam Islam...

Slm shbt2ku...apa pndpt shbt2 ttg bcinta sblm kahwin n bcouple?Adakah bcinta sme dgn bcouple?Adakah salah kte bcinta sblm kahwin??Mgkin shbt2 ada pndpt n pnafsiran tsendiri bkaitan hal ini...
Setujukah shbt2 jika sye ktekn bhw org yg bcinta sblm kahwin xsemestiny bcouple ttp org yg bcouple semestiny bcinta sblm kahwin..bukan mudah menafsirkannya,ttp hakikat jelas,cinta itu suci & bercinta sblm kahwin tiada salahnya,namun yg dilarang adalh bcouple..benda yg banyak mudharat bbanding kebaikan!!! Jom kte bce artikel dbawah...


Dipetik daripada buku “PSIKOLOGI CINTA” terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd.

Dalam surah ar-Rum ayat 21 Allah s.w.t. menyatakan: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran.”

ISLAM menggariskan akhlak yang terbaik untuk merealisasikan percintaan sesama lelaki dan perempuan yang mukalaf. Terdapat 3 peringkat percintaan yang mana orang Islam hendaklah mencuba sedaya upaya mereka untuk memelihara kesucian cinta itu daripada dicemari unsur2 maksiat dan perkara2 yang dapat membawa kepada kemurkaan Allah. 3 peringkat tersebut adalah cinta sebelum perkahwinan, cinta selepas bertunang & cinta selepas perkahwinan.


Cinta Sebelum Kahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara2 berikut:

1. Menjaga batas2 pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam2 dengan bertelefon atau berbual2, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2. Menghormati maruah dan harga diri masing2, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua2an dengan kekasih, kerana orang yang ke3 adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias2 atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik2nya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak2 tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain2 dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.


Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Bertunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ‘berdarah manis’ kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalalkan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal, bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas2 agama kerana mereka masih belum ‘halal’ untuk sentuh-bersentuhan dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati2lah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ke3 yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.


Cinta Selepas Kahwin

Allah s.w.t. mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredhai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak2 dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara2 untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu2 untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua2 belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.


Seharusnya Cinta…

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah s.w.t. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain2 agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis2 cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Friday, January 28, 2011

Selamat bercuti!!


Selamat bercuti diucapkan kpd mahasiswa/i Fakluti Pengajian Islam khususnya & mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia umumnya..

~~ Manfaatkan cuti yang diberikan bersama keluarga & orang yang tersayang sebaiknya..Jadikan kepulangan kita ke halaman masing-masing dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat..

~~ Jangan lupa utk menyiapkan tugasan yg telah diberikan...kpd sahabat2 tahun 3, teruskan berjuang untuk LATIHAN ILMIAH (TESIS)..

~~ Panjang umur, kita jumpa lg mggu depan!!!i'Allah..

Madah Buat Sahabat Seperjuanganku...

Sahabatku...
Sesungguhnya kejadian kita terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yg bengkok menghiasi taman2 indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kita umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik sang kumbang untuk mendekati. Namun...tidak semua bunga senang didekati sang kumbang lantaran duri yg memagari diri, umpama mawar merah, dari jauh sudah terhidu keharumannya. Panahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Sahabatku...
Aku berharap kita akan menjadi spt mawar aspirasi setiap mujahadah. Aku harap kita akan sama2 mempertahankan kubu diri kita dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN & KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...dan sentiasa MENGHIASI WAJAH dengan titisan wuduk, bukan dengan solekan dunia semata2 biarpun aku tahu kita sama2 menginginkannya...

Sahabatku...
INGATLAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI & LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA. Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah, umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup. Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi, melebihi sesuatu yg terdedah. Aku tahu bukan mudah untuk mempertahankannya..tapi aku juga yakin kita mampu!!!

Sahabatku...
WANITA SOLEHAH yg patuh & taat kepada Al-Khaliq dalam melayari liku2 kehidupannya adalah harapan setiap insan yg bernama Adam. Namun segalanya memerlukan pengorbanan & mujahadah yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam diri kita. Kadang-kadang kita merasa diri kita kuat dan kadang-kadang kita lemah...Namun ingatlah sahabatku...sesiapa yg inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan jalan2 baginya ke arah itu.




Sahabatku...
Akuilah bahawa diri kita menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki. Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU, maka sudah tidak ada perisai yg dapat membentengimu. Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu: "tidak ada suatu fitnah yang lebih besar, yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita." Oleh itu sahabatku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunnah.

Sahabatku...
Ingatkah kau akan nasihat kita kepada adik2 kesayangan kita di waktu petang, kadangkala pada lewat malam. Mengorbankan masa untuk mentarbiah diri mereka agar menjadi mujahidah sejati biarpun aku kadang2 lupa akan nilai 'tarbiyah' itu sendiri. Entahlah...mungkin Allah sahaja yg berhak menguji kata2 kita...nasihat kita...adakah kita sendiri tidak memahami...

Sahabatku...
Dalam hidup tentu saja kita ingin menyayangi & disayangi. Itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kita yg tewas kerana CINTA....bercinta tidak salah, tetapi memuja cinta itu salah. Ini adalah kerana, KERANA CINTA, MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA & KERANA CINTA, MARUAH TERGADAI. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud: "Sesungguhnya cinta itu buta." Cinta itu mampu membutakan mata & hatimu dalam membezakan perkara yg hak & bathil, jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata2 dan bukan kerana ALLAH S.W.T. Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu. Cintailah diri kita yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik. Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yg sempurna hasil rencana ALLAH. Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan & kehebatan terhadap ALLAH, dan dgn itu akan timbul CINTA & KASIHMU TERHADAP PENCIPTA KITA.

Sahabatku...
Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabat kita setaraf kaum Adam. Kitalah harapan ummah dalam melahirkan para mujahid & mujahidah yg bakal menggoncang dunia dgn SENTUHAN TANGAN KITA SENDIRI...insyaAllah...

Thursday, January 20, 2011

Qasidah Al-Muhammadiah


Dalam 1 program baru-baru ni, saya ada belajar Qasidah Al-Muhammadiah..memang terasa ketenangan semasa mendendangkan Qasidah ini. Qasidah yang menceritakan perihal Nabi kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.…

Sedikit pengenalan tentang pengarang Qasidah Al-Muhammadiah yang masyhur ini. Beliau ialah Imam Muhammad Al-Busiri. Dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Busair pada tahun 608H. Gelaran Al-Busiri yang terdapat pada namanya diambil sempena nama kampung tempat beliau dilahirkan. Merupakan seorang yang pakar dalam kesasteraan (Adab) dan juga syair.

Imam Muhammad Al-Busiri telah mengarang sebuah qasidah untuk menunjukkan kecintaannya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pada ketika itu, beliau dalam keadaan lumpuh anggota badannya. Ditakdirkan Allah, beliau telah didatangi oleh Baginda Rasulullah s.a.w. ketika tidur dan Rasulullah s.a.w. telah menyempurnakan rangkap bait qasidah yang tidak sempurna. Rasulullah s.a.w. juga telah mengusap tangannya yang mulia ke badan Imam Muhammad Al-Busiri, lalu apabila beliau bangun dari tidur, tubuh beliau telah sihat dari penyakit lumpuh.

Beliau merupakan salah seorang ulama kebanggaan rakyat Mesir. Maqamnya terletak di sebuah masjid di Iskandariah, Mesir.




Maqam Imam Muhammad Al-Busiri di Iskandariah


Jom sama-sama kita menghayati bait-bait qasidah ini agar kita turut sama merindui dan mencintai Rasulullah s.a.w…


* Terjemahan bait-bait qasidah...
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang Arab dan Ajam (selain dari Arab).
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 orang yg berjalan di atas kaki.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penyebar perkara ma'ruf dan berakhlak dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu yang memiliki ihsan dan kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam kata2 dan bicaranya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu punyai akhlak terpuji dan elok sifatnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kejadiannya disertai dengan nur.
Nabi Muhammad s.a.w. itu akan sentiasa bercahaya sejak azali.
Nabi Muhammad s.a.w. itu hakim pada keadilan yang mempunyai kemuliaan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu asal tempat lahirnya nikmat2 dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 makhluk Allah s.w.t. dari zuriat Mudhar.
Nabi Muhammad s.a.w. itu adalah sebaik2 pesuruh Allah s.w.t. semuanya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu agamanya benar yg kita beragama dengannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu sangat elok rupa dan peribadi di atas bukit.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan mengingatinya menjadi roh kekuatan pada diri kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dengan syukur kepadanya menjadi kewajipan ke atas umat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghias dunia dan keelokannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pembuka kesempitan dan kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penghulu yg hebat perjalanan hidupnya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu dijadikan Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah dengan segala nikmatNya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu makhluk pilihan dari kalangan makhluk dan yg sebaik2nya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu suci dari segala tohmahan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menyukai para tetamu kerana memuliakannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu kekasih Allah s.w.t. dan Allah s.w.t. tidak pernah menzalimi.
Nabi Muhammad s.a.w. itu menjadi tenang dunia dengan perutusannya.
Nabi Muhammad s.a.w. itu datang dengan mukjizat dan hikmah2.
Nabi Muhammad s.a.w. itu pada hari dibangkitkan manusia akan menjadi pemberi syafaat kepada kita.
Nabi Muhammad s.a.w. itu cahayanya menunjuki kegelapan.
Nabi Muhammad s.a.w. itu membawa rislah Allah s.w.t. yg mempunyai keazaman yg kuat.
Nabi Muhammad s.a.w. itu penutup kepada para Rasul sekaliannya.

Monday, January 03, 2011

Pengalaman baru XPDC di tahun baru....

Alhamdulillah, menjelang tahun baru 2011, saya diberi peluang oleh Allah s.w.t. utk sama2 mengikuti program XPDC Dakwah anjuran Gerakan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yg diadakan di sekitar KLCC. Saya dan sahabat2 muslimat dari UKM bertolak ke sana menaiki komuter dan sampai di Masjid KLCC agak lewat jugak, lebih kurang pukul 9.30 mlm…time tu Forum Sambutan Ambang 2011 yg dianjurkan oleh Masjid Asy-Syakirin KLCC & JAWI sudah bermula.


Setelah selesai forum tersebut, kami yg mengikuti program di bawah anjuran GAMIS diminta utk berkumpul di aras 2 masjid utk taklimat XPDC Dakwah. Dalam taklimat tersebut, kami dibriefing tentang perjalanan XPDC tersebut dan kami diminta utk membuat kumpulan2 kecil yg mana kami akan bergerak di dlm kumpulan sepanjang XPDC tersebut. Program ini telah mendapat sambutan dari mahasiswa pelbagai kampus diseluruh Malaysia antaranya UIA Kuantan, UIA Gombak, USIM, UMP, USM, UKM, UKM KL, UM, UPM, UNISEL, MSU, UNITEN, Darul Quran dan beberapa kampus lain. Semasa sdg mendengar taklimat, tiba-tiba bunyi ledakan bunga api telah pun bermula dgn suasana di luar masjid yg sangat bising dgn pekikan dan sorakan. Ini menandakan jam telah menunjukkan pukul 12 tgh mlm dan tlh tiba Tahun Baru 2011...Lebih kurang pukul 12.30 tgh mlm, kami mula turun dr masjid dan bergerak dlm kumpulan masing2 utk melaksanakan praktikal dakwah kpd golongan sasaran. Inilah masanya peluang mahasiswa untuk menyaksikan sendiri kancah sosialisasi yg kian menghujani negara kita.



Tujuan utama kami berada di tengah2 Bandar Raya Kuala Lumpur ini adalah utk melihat dgn mata kepala kami sendiri bagaimana suasana penduduk terutama muda-mudi di Malaysia yg kita cintai ini meraikan Sambutan Tahun Baru. XPDC ini juga adalah salah satu usaha dakwah mahasiswa untuk masyarakat dalam memberi khidmat nasihat bagi membendung masalah sosial dan gejala tidak sihat.

Kami mencari sasaran yg sepatutnya utk menyebarkan risalah dakwah dan mendekati, seterusnya menyelami jiwa2 yg berkeliaran tanpa tujuan yg pasti. Satu cabaran apabila berhadapan dgn muda-mudi yg terlalu sosial..pelbagai kelakuan yg tidak enak dapat dilihat seperti remaja melayu berpeluk2an tanpa segan silu, berpakaian yg terlalu seksi dan juga pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Saya amat terkejut juga pada malam itu krn terdapat juga orang2 melayu yang cuba menjual arak ditepi jalan sempena dgn sambutan tahun baru ini. Pilu rasanya apabila melihat majoriti yang berada di sekitar KLCC, menghabiskan saki baki 2010 dan menyambut tahun baru 2011 ini dengan sia-sia…amat sedih lg bila melihat kebanyakan mereka adalah dalam kalangan remaja2 melayu kita. Perbuatan mereka yg paling menonjol saya lihat ketika itu adalah pemakaian ‘tanduk syaitan’ di kepala. Tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak @ dewasa, bahkan perempuan bertudung juga ada yg memakainya. Sejenis cekak berlampu yg dipakaikan di kepala menyerupai tanduk syaitan. Dijual dgn perbagai warna dan saiz dengan harga RM 4-5 dgn warna merah, hijau, biru dan sebagainya. Ramai yang mengenakannya di kepala pada malam ini. Apakah tujuan mereka memakai benda tu?? Semuanya mahu jadi syaitan mungkin…

Pelbagai reaksi dan respon diterima daripada golongan sasaran ini apabila dihulurkan risalah2 yg dibekalkan. Ada yg menerima dgn baik dan ada juga yg menolak dgn kasar. Begitulah realitinya mehnah dan tribulasi yg diterima oleh para dae’i. Antara pengisian yg terdapat dalam risalah tersebut adalah ‘Punca Utama Masalah Sosial’, ‘Berpakaian Tetapi Bertelanjang’ dan sebagainya. Program ini juga telah mendapat reaksi positif di kalangan ibubapa dan juga orang ramai yg telah ditemui.

Di samping menyebarkan risalah, kami juga berbual2 dengan ‘remaja bertuah’. Selami hati mereka, tanyakan masalah mereka, azam mereka dsbnya, supaya mereka sedar masih ada yg sayang dan prihatin terhadap mereka. Jiwa mereka kosong...tidak diisi dgn cahaya rohani. Namun terdapat juga segelintir daripada mereka yg sebenarnya sedang mencari hidayah Allah utk kembali ke pangkal jalan. Mereka faham apa yg halal dan apa yg haram, tetapi lemah daripada segi pelaksanaan dan amalan. Mereka mahu berubah, tetapi...tidak tahu siapa yg boleh membimbing mereka. Jadi siapa lagi yg perlu memberikan penerangan? Sudah tentulah golongan2 yg faham dan jelas yg sepatutnya menjadi agen penerangan dan perubahan kepada masyarakat sekeliling...insyaAllah. Program ini berakhir lebih kurang pukul 3.00 pagi. Kami semua berkumpul semula di Masjid Asy-Syakirin, tidur di masjid untuk program qiamullail dan program seterusnya keesokannya.

Wallahua'lam.

Wednesday, November 17, 2010

Erti Sebuah Pengorbanan...

Nabi Ibrahim dari masa ke semasa pergi ke Makkah untuk mengunjungi dan menjenguk Ismail di tempat pengasingannya bagi menghilangkan rasa rindu hatinya kepada puteranya yang ia sayangi serta menenangkan hatinya yang selalu rungsing bila mengenangkan keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus, jauh dari masyarakat kota dan pergaulan umum.

Sewaktu Nabi Ismail mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. mendapat mimpi bahawa ia harus menyembelih Ismail puteranya. Mimpi seorang nabi adalah salah satu dari cara-cara turunnya wahyu Allah, maka perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim a.s. Ia duduk sejurus termenung memikirkan ujian yang maha berat yang ia hadapi. Sebagai seorang ayah yang dikurniai seorang putera yang sejak puluhan tahun diharap-harapkan dan didambakan, seorang putera yang telah mencapai usia di mana jasa-jasanya sudah dapat dimanfaatkan oleh si ayah, seorang putera yang diharapkan menjadi pewarisnya dan penyampung kelangsungan keturunannya, tiba-tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut nyawa oleh tangan si ayah sendiri.

Namun ia sebagai seorang Nabi, pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam bertaat kepada Allah, menjalankan segala perintahNya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, isteri, harta benda dan lain-lain. Ia harus melaksanakan perintah Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apa pun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim a.s, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: "Allah lebih mengetahui di mana dan kepada siapa Dia mengamanatkan risalahnya." Nabi Ibrahim tidak membuang masa lagi, berazam (niat) tetap akan menyembelih Nabi Ismail puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah serta merta Nabi Ibrahim a.s. menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh, yang sangat taat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insyaAllah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu, agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaianku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya."

Kemudian dipeluknya Ismail dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim a.s. seraya berkata: "Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang dengan ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah."

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Ismail, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang di tangannya, kedua mata Nabi Ibrahim a.s. yang tergenang air berpindah memandang dari wajah puteranya ke parang yang mengilap di tangannya, seakan-akan pada masa itu hati beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail dan penyembelihan di lakukan. Akan tetapi apa daya, parang yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail a.s. dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.

Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah perkorbanan Ismail itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi Ibrahim a.s. telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan perkorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam memperagakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahawa parang itu tidak lut memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku kerana melihat wajahku, cubalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku." Akan tetapi parang itu tetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau ia telah ditelangkupkan dan dicuba memotong lehernya dari belakang.

Dalam keadaan bingung dan sedih hati, kerana gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi Ibrahim a.s. wahyu Allah dengan firmannya: "Wahai Ibrahim! Engkau telah berhasil melaksanakan mimpimu, demikianlah kami akan membalas orang-orang yang berbuat kebajikan." Kemudian sebagai tebusan ganti nyawa Ismail telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih seekor Qibas yang telah tersedia di sampingnya dan segera dipotong leher Qibas itu oleh beliau dengan parang yang tumpul di leher puteranya Ismail itu. Betapa taatnya seorang hambanya kepada Allah.... ~~Subhanallah~~

Monday, November 01, 2010

Erti Sebuah Persahabatan...


Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yg memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan & kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan & perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya...

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti2...kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yg sentiasa memahami, ya selalu berada di sisi kita pada waktu kita memerlukannya...Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan, harapan & impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang2 kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan & berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa & menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati & perasaan sahabat, kerana dia juga seorang manusia...dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih & kecewa. Dia juga ada kelemahan & dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.

Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan, di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu...tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu...

 
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN
KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA....

p/s: Buat sahabat2ku yg sering terkecil hati kerana perbuatan @ kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku yg lemah ini!!!
****************************

Thursday, April 15, 2010

Langkah Tercipta!!!

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian...


Allah…
Ingin ku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan...


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan...


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta...


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu...

by-UNIC


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi & mengharungi segala dugaan yg telah, sedang & akan Engkau berikan kepadaku...tetapkan imanku walaupun Engkau memberikan ujian yang sangat berat kepadaku Ya Allah...kerana aku yakin ujian yang Engkau berikan kepadaku hanya ujian yang Engkau rasakan aku dapat lakukan...Ya Allah hanya padamu sahaja tempat aku mengadu segalanya...tabahkan hatiku menerima sglnya…  

Monday, April 12, 2010

All the best!!!


Selamat menempuh final exam buat semua sahabat2 ukm..usaha,doa&tawakal merupakan pakej lengkap dlm menempuhi exam..smg dapat menghadapi exam dgn tenang&jayanya..~All the best!!!~ Seeru 'ala barakatillah :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
zwani.com myspace graphic comments